Archive for June, 2011

DPP Kuala Kedah Lancar BERSIH 2.0 Sabtu Ni


Kemuka Bukti Jika Pencapaian Manifesto Dipalsukan

ALOR SETAR, 27 Jun 2011 – Kerajaan negeri Kedah mendesak pihak tertentu kemukakan bukti sekiranya fakta-fakta pencapaian manifesto PRU-12 diragui dan dituduh palsu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, YB Ustaz Abd Ghani Ahmad, ketika ditemui berkata, tuduhan penyelewengan, pencanggahan fakta dan mengelirukan rakyat adalah tidak benar kerana laporan yang disampaikan dalam buku tersebut dipetik daripada laporan Ketua Audit Negara.

“Sekiranya UMNO menuduh fakta dalam buku pencapaian manifesto itu menyeleweng, secara tidak langsung mereka menuduh Ketua Audit Negara menipu fakta kerana maklumat diambil berdasarkan sumber Jabatan Audit Negara,” tegasnya.

Beliau berkata lagi, tohmahan yang dilemparkan menunjukkan UMNO Kedah menerima tamparan hebat dengan kejayaan kerajaan negeri mengeluarkan buku sedemikian memandangkan kerajaan terdahulu tidak pernah mendedahkan maklumat kerajaan kepada rakyat.

“Kerajaan negeri tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap mereka sebaliknya ingin memfokuskan perkhidmatan dan memastikan baki peratus manifesto yang belum dilaksanakan ditunaikan dengan segera,” ujarnya lagi.

‘Kita Dah Terbit Kejayaan Manifesto, Timbul Persepsi Lain Pula’

ALOR SETAR, 27 Jun 2011 – “Saya pelik dengan sikap pemimpin UMNO yang sebelum ini begitu ghairah mahu kejayaan manifesto PRU-12 diedarkan kepada umum, namun bila diedarkan timbul persepsi lain pula,” kata Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Tambah beliau lagi, dahulu pihak UMNO beria-ria agar pencapaian tersebut diedarkan tapi bila telah hebahkan kepada rakyat mereka mendakwa ianya satu pembohongan.

“Sekiranya mereka tidak berpuas hati, mereka boleh terbitkan buku jawapan untuk menidakkan kesahihan fakta dalam buku tersebut.

“Saya sedia tunggu pemimpin UMNO buat kajian semula terhadap penjelasan buku itu dan jawab semula berdasar penilaian mereka,” ujarnya lagi.

Azizan berkata lagi, bagi pihaknya tiada masalah sekiranya mereka berhasrat membangkitkan semula isu manifesto dalam Sidang DUN akan datang.

“Itu hak mereka untuk membangkitkan apa jua soalan dalam Sidang DUN. Pihak saya tiada masalah untuk menjawab dan memperjelaskan isu tersebut walau pun ianya telah dibukukan.

“Bagi saya pencapaian yang dipaparkan dalam buku itu tidak penting. Yang penting rakyat Kedah tahu apa yang telah kita buat kerana kebanyakan daripada kejayaan manifesto turut melibatkan rakyat secara lansung,” tegasnya.

Sambungnya lagi, paparan dalam buku itu semuanya berlandaskan fakta dan kerajaan negeri telus dalam perinciannya. Ini dibuktikan dengan penjelasan yang tepat berhubung perkara yang telah dan belum dicapai, juga yang masih dalam perancangan.

“Kita tidak berselindung. Kita paparkan kepada rakyat secara telus, termasuk tujuh perkara dalam manifesto yang belum dilaksanakan,” katanya.

Ulasan Azizan tersebut ekoran kenyataan ADUN Bakar Bata, Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah mempertikaikan kesahihan pencapaian 80 peratus manifesto PRU-12 ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Kedah. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah menyifatkan buku terbabit satu pembohongan untuk mengaburi dan mengelirukan pemikiran rakyat dan tidak menggambarkan situasi sebenar.

Apa Yang Ditakuti Sangat Pada BERSIH 2.0?

Oleh : Wira Arjuna

Apakah dia tuntutan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta PERKASA sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara?

bersih rally 271207 02Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong?

Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara marathon, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali?

one million youth gathering in putrajaya on stage najib razak speakerJangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menggunakannya bagi “mempertahankan” singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Kenapa Umno dan juak-juaknya begitu negatif terhadap BERSIH 2.0? Apakah perlunya polis memberikan amaran untuk “bertindak tegas’ terhadap mereka yang menyertai perhimpunan ini?

Apakah bezanya perhimpunan ini dengan puluhan himpunan-himpunan yang dianjur oleh PAS, Umno, PERKASA dan pertubuhan lain di kedutaan Amerika Syarikat, Britain setiap kali isu Palestin diperjuangkan.

Gulingkan kerajaan

BERSIH 2.0 bukanlah tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEDan ia jauh sekali untuk mengalih pandangan rakyat daripada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim.

BERSIH 2.0 adalah insiatif pertubuhan bukan kerajaan yang dipimpin oleh peguam Datuk Ambiga Srinevasam, seorang aktivis yang mendokong keluhuran pelembagaan dan hak asasi manusia.

Benar, BERSIH disokong oleh parti-parti pembangkang. Namun adalah satu hakikat juga bahawa Ambiga telah beberapa kali menggesa parti-parti BN untuk turut serta menyokong perhimpunan ini kerana:

  • Perhimpunan adalah secara aman
  • Seluruh rakyat mahukan pilhanraya yang telus dan adil, dan parti politik harus memberi sokongan kepada tuntutan ini
  • Semua pihak mahu melihat SPR lebih professional dalam isu-isu seperti tempoh kempen minimum 21 hari, penggunaan dakwat kekal untuk mengatasi masalah pengundian bertindih dan pendaftaran automatik pengundi mencapai umur 18 tahun.

Tidak ada satu pun dalam tuntutan ini yang boleh dikatakan memihak kepada pembangkang mahu pun pemerintah.

bersih rally 271207 05Tidak ada satu pun dalam desakan pada perhimpunan BERSIH 2.0 akan memberikan sebarang kelebihan kepada Umno mahupun PAS dalam mempengaruhi citarasa pengundi Melayu.

Malaysia jauh daripada ambang kebangkitan rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mobarak di Mesir dan lebih jauh lagi daripada sebarang serangan NATO seperti yang berlaku di Libya.

Banyak rungutan

Namun secara jujur, apakah BN beranggapan rakyat tidak mempunyai sebarang rungutan tentang cara Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pemilihan di negara ini?

azlanSelepas 12 pilihan raya umum, rasanya tidaklah keterlaluan untuk berharap rakyat tidak lagi diselubungi dengan undi pos yang mencurigakan, atau pengundi hantu dalam daftar pemilih. Begitu juga dengan perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Namun ini semua berlaku dan kadar amalan-amalan ini berleluasa menjelang pilihan raya umum ke-13 amat membimbangkan pihak-pihak di sebalik penganjuran BERSIH 2.0.

Selepas lima dekad kita mengurus negara sendiri, masih berlaku kes ‘bekalan elektrik boleh terputus tiba-tiba apabila calon Pakatan Rakyat mendahului pengiraan dengan lebih 1,000 undi. Bekalan elektrik pulih sejam kemudian dan calon BN menang dengan 58 undi, dibantu oleh undi pos.

NONELebih mengejutkan Pegawai Pilihanraya mengambil keputusan tidak perlu diadakan pengiraan semula walaupun undang-undang memperuntukkan keperluan itu. Ini berlaku di Senadin, Miri pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Undi pos dikatakan membantu Umno-BN menang di sekurang-kurangnya 25 kerusi parlimen dalam PRU yang lalu dan menjadi kebimbangan paling besar gagasan pembangkang untuk PRU ke-13.

Amat mencurigakan

Penambahan mendadak jumlah undi pos amat mencurigakan – hampir enam ribu di Pulau Pangkor, 10 ribu di Setiawangsa.

NONEDi Kok Lanas, Kelantan, hampir 500 isteri prajurit didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.

Mereka tidak mengisi Borang A iaitu borang perpindahan daripada pengundi biasa kepada pengundi Pos, namun pendaftaran itu diterima oleh SPR.

Nama mereka hanya dikeluarkan daripada senarai pengundi pos setelah PAS membuat bantahan dan menuntut SPR menjalankan siasatan.

Hujah yang dilazim diberikan oleh Umno-BN adalah jika SPR tidak adil dan cenderong kepada pemerintah, mana mungkin pembangkang boleh menang besar pada PRU yang lalu.

Hujah balas ialah, jika SPR memang adil dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawabnya, maka negara sudah pun ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

azlanKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon-calon Pakatan tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan mereka mendapat sekurang-kurangnya 55 peratus daripada jumlah undi untuk memastikan pengiraan undi tidak dimanipulasi.

Ini satu tanggungjawab yang amat berat kerana lawan Pakatan Rakyat dalam PRU bukan parti Umno-BN semata-mata.

Pakatan Rakyat sebenarnya berdepan dengan parti Umno-BN yang disokong dengan segala wang rakyat, kemudahan awam, institusi kerajaan dan jentera media arus perdana.

Bagi Umno-BN, tidak ada batas untuk menggunakan segala kelebihan kerajaan pemerintah untuk agenda politiknya, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya.

NONEApakah SPR mahu sekali lagi tergolong sebagai sebahagian daripada aparatus BN untuk memenangi PRU yang akan datang?

Biarlah Himpunan BERSIH 2.0 menzahirkan harapan rakyat yang mahu SPR melaksanakan amanahnya secara adil, telus, dan berkecuali dalam mengendalikan pilihanraya demi masa depan negara tercinta ini.

*Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Senarai Pengerusi Lajnah-Lajnah PAS Pusat Sesi 2011-2013

PENGERUSI LAJNAH-LAJNAH PAS PUSAT SESI 2011– 2013

1. Lajnah Politik dan Pilihanraya
Pengerusi : YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Timbalan : Hj Mohamad Sabu
Setiausaha : Dato’ Mustafa Ali
2. Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan
Pengerusi : YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Pengarah : Ustaz Idris Ahmad
Tim. Pengarah : YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali
3. Lajnah Penerangan dan Dakwah
Pengerusi : Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan 1 : YB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin
Timbalan 2 : Ustazah Nuridah Salleh
4. Lajnah Ekonomi dan Pengurusan Harta PAS
Pengerusi : YB Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman
Timbalan 1 : YB Dato’ Dr. Hasan Mohd Ali
Timbalan 2 : Hj Affandi Mohammad
5. Lajnah Pendidikan
Pengerusi : Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik
Timbalan 1 : YB Dato’ Nik Mohd Amar Abdullah
Timbalan 2 : YB Dr Halimah Ali
6. Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah
Pengerusi : Mazlan Aliman
7. Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar
Pengerusi : Hj Anuar Tahir
8. Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pengerusi : Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
9. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi : YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud
10. Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar
Pengerusi : YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa
Timbalan : YB Dato’ Kamarudin Jaafar
11. Lajnah Pengguna
Pengerusi : YB Dato’ Mahfuz Omar
12. Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
Pengerusi : Haji Asmuni Awi
Timbalan : Sdr Mohamed Hanipa Maidin
Setiausaha : Sdr Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
13. Lajnah Alam Sekitar
Pengerusi : Hj Zulkefly Mohamad Omar
14. Lajnah Perpaduan Nasional
Pengerusi : YB Dr. Mujahid Haji Yusof Rawa
15. Lajnah Kebudayaan dan Kesenian
Pengerusi : YB Dr. Dzulkefly Ahmad
16. Lajnah Hal Ehwal Parlimen
Pengerusi : YB Salahuddin Ayub
Timbalan : YB Khalid Abd Samad
17. Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilasi
Pengerusi : Hj Mohamad Sabu
Timbalan : YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
18. Lajnah Pertanian
Pengerusi : YB Ir Dato’ Amiruddin Hamzah
19. Pusat Penyelidikan PAS Pusat
Pengerusi : Dr Ahmad Zuhdi Marzuki
20. Lembaga Pemegang Amanah ( Perlembagaan Fasal 78 (1)
Pengerusi : Presiden
Ahli : Setiausaha Agung
: Bendahari
21. Lembaga Pembinaan Kompleks PAS
Pengerusi : YB Dato’ Paduka Husam Musa
22. Jabatan Pilihanraya PAS Pusat
Ketua Pengarah : YB Dr Mohd Hatta Md Ramli
23. Jabatan Presiden
Setiausaha Politik Presiden : Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Akhbar Presiden : Sdr Nasaie bin Ismail
24. Jawatankuasa Kewangan ( Perlembagaan Fasal 76 (2).)
Pengerusi : YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Setiausaha : YB Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman
Ahli : Dato’ Mustafa Ali
25. Jawatankuasa Disiplin Parti
Pengerusi : Dato’ Hj Wan Mutalib Embong
Timbalan : Hj Muhammad Burok


Dikeluarkan Oleh : Pejabat Setiausaha Agong PAS

Dicatat Oleh : Ahmad Sabki Yusof
Penolong Setiausaha Agong II PAS Pusat

Transparency International Sokong BERSIH!

KUALA LUMPUR 22 JUN : Badan Bukan Kerajaan (NGO) Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap agenda himpunan BERSIH 2.0 untuk mendesak pilihan raya bersih, bebas dan adil di Negara ini.

Presidennya Datuk Paul Low berkata, masyarakat umum tanpa mengira ideologi politik harus menyokong apa yang diperjuangkan BERSIH 2.0 kerana apa jua keputusan pilihan raya sepatutnya menyerlahkan kehendak masyarakat.

“Perjuangan menentang korupsi di mana- mana negara bermula dari atas arena politik. Bermula dengan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil di mana integriti proses pilihan raya dijaga rapi,” tegas Paul dalam kenyataan medianya hari ini.

BERSIH 2.0 merancang untuk mengadakan perhimpunan raksaksa 9 Julai depan setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini gagal melakukan reformasi di bawah pemerintahan Kerajaan Pusat pimpinan UMNO BN.

Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah, agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

BERSIH 2.0 yang mendapat sokongan Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) bersedia menggerakan himpunan aman bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan rakyat besar- besaran pada kali pertama yang diadakan pada November 2007.

TI-M sebagai badan yang memperjuangkan ketelusan mengulai pendirian mereka agar agensi kerajaan bertindak tegas terhadap segala dakwaan korupsi termasuk pembelian undi serta cara berkempen sewaktu pilihan raya yang dikelolai oleh SPR.

Malah SPR sepatutnya menetapkan undang- undang pelaksanaan pembiayaan pilihan raya dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencegah sebarang salah laku.

Paul Low juga berkata, TI-M telah mengajukan 22 cadangan untuk penambahbaikan politik termasuk pilihan raya kepada Perdana Menteri pada 5 Mei 2011 lalu.

“TI-M sejak 2009 telah mengadakan kajian, khidmat konsultasi, bengkel untuk penambahbaikan pembiayaan politik negara ini. SPR dan parti-parti politik turut mengambil bahagian dalam kajian dan konsultasi,” jelasnya.

TVS News

Kerajaan Negeri Kedah Hulur Sumbangan Untuk Pelbagai Kaum

http://wartakedah.net/images/stories/Jun2011/yb%20ghani-pndidikan%20dan%20kmasyarakatn.jpg

KODIANG – Kerajaan Negeri tetap memberikan perhatian kepada bidang pendidikan dan kemasyarakatan dengan menyalurkan bantuan bagi meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, YB. Abdul Ghani Ahmad berkata, sebagai bukti, Kerajaan Negeri telah memberi wang sebanyak RM50,000 kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa yang telah berjaya masuk ke pertandingan pancaragam mewakili Malaysia ke Pertandingan Antarabangsa di China pada tahun ini.

“Kerajaan Negeri turut memberi tanah seluas tiga ekar kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pumpong di Jalan Suka Menanti, di sini di samping bantuan kepada tiga buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Persendirian sebanyak RM180,000 setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Kebakaran dan Sumbangan Balai Bomba Sukarela Pekan Kodiang di Balai Bomba Sukarela Pekan Kodiang, di sini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga turut melantik dua EXCO iaitu YB. Tan Chow Kang dan YB. Lim Soo Nee mewakili kaum Cina di samping memberi kelulusan tanah untuk lot tanah sekolah persendirian dengan bayaran tahunan sebanyak RM10 setahun termasuk premis kebajikan/bomba sukarela.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan memberitahu, Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan peralatan pancaragam Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lam Min, Kerpan sebanyak RM5,000.

“Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan kelulusan untuk peralatan kerusi dan meja di Perkuburan Kwantung, Kodiang sebanyak RM5,000 serta membaiki dan mengubahsuai halaman tokong Kuan Yim Pu Sa Ling Tong di Kodiang,” ujarnya.

Abdul Ghani menjelaskan, Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Kubang Pasu telah membangunkan semula Arked Semarak yang musnah dalam kebakaran pada 18 April 2008 dengan membenarkan mangsa yang terlibat meneruskan aktiviti perniagaan seperti biasa pada tahun 2009.

“Jawatankuasa Mangsa Kebakaran berjaya mengutip derma sebanyak RM 63,990 dan sumbangan Majlis Keselamatan Negara (Kedah) sebanyak RM 30,000 pada 28 September 2008,” katanya.

Tambahnya, bayaran dibuat empat peringkat kepada semua mangsa iaitu peringkat pertama sebanyak RM4,500, peringkat kedua (RM 3,600), peringkat  ketiga (RM457) dan peringkat keempat (RM175).

Menurutnya, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh turut menyerahkan sumbangan cek sebanyak RM500 untuk aktiviti pasukan Bomba Sukarela Pekan Kodiang dan wang tunai sebanyak RM100 untuk perkuburan Kwantung,  Pekan Kodiang.