Majlis Syura dicadangkan buat audit kepimpinan

Timbalan Presiden PAS Tuan Hj. Mohamad Sabu mengesyorkan supaya Majlis Syura Ulama diperkasakan dengan ‘mengaudit’ kepimpinan PAS termasuk mengambil tindakan terhadap ahli yang melanggar disiplin parti.

“Majlis perlu diperkasakan dengan membuat audit termasuklah (mengambil berat) akhlak dan mengambil tindakan disiplin kepada ahli. (Peranan) majlis syura kita perkasakan.

NONE“Kita perkasakan Majlis Syura sampai mengangkat mereka buat ‘audit’ kepada ahli jawatankuasa yang ada,” katanya.

Sewaktu menyampaikan ucapan penggulangan, Mohamad turut menanyakan meminta persetujuan atas cadangan beliau itu, yang kemudiannya disambut oleh kira-kira 700 dengan berkata: “Setuju”.

Pemidato terkenal itu turut menegaskan bahawa beliau amat menghormati ulama dari dalam dan luar negara termasuk kedua-dua bekas presiden PAS Yusof Rawa dan Fadzil Mohd Noor.

Bercakap di Taman Melawar, Gombak sempena muktamar agung ke-57, beliau turut menempelak Umno dengan mendakwa parti itu kini sedang menghadapi ‘kematian’.

“Saya teringat dengan pesanan Musrsyidul Am Datuk Nik Aziz yang berkata bahawa Umno ini tidak kuat. Kekuatan Umno bertongkatkan kepada MCA dan MIC. Patahkan tongkat itu.

“Sekarang mereka mulai rebah, India dan kaum Tionghua sudah semakin (meninggalkan mereka). Umno sedang menghadapi sakaratul maut,” katanya.

Haron Din: Audit kerja auditor

Beliau berkata demikian bagi mengulas barisan kepimpinan baru yang dilaporkan menggusarkan Umno dan BN selepas dinobatkan sebagai timbalan presiden selepas menang dalam pertandingan tiga penjuru.

najib umno mca mic gerakan bn coalition parties 250707Dalam ucapannya juga, Mohamad turut menegurkan orang Melayu kerana “tidak ambil berat” dalam menanggapi sesuatu isu menyentuh kaum, berbanding kaum Cina dan India.

Walaupun kurang gemar bercakap soal perkauman, Mohamad Sabu memberi contoh berhubung dua kes kematian yang hampir sama – kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed – tetapi tanggapan isu berbeza mengikut kaum.

“Kaum Tiong Hua mengambil sikap, isu Teoh Beng Hock diratapi… Tetapi kejadian yang berlaku kepada (Ahmad) Sarbani ditemui mati, kita (orang Melayu) kata, apa boleh buat…

“Jadi menanggapi isu-isu ini berlainan berbanding kaum Tiong Hua atau India…Ada berita tunjuk perasaan, (ada orang Melayu) ditangkap, (kemudian) ditinggalkan. Jadi kita tidak ambil berat,” katanya.

dr haron din pasSementara itu, Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menyambut baik cadangan yang dibuat oleh Mohamad berhubung keperluan memperkasakan Majlis Syura Ulama sambil juga mengharapkan cadangan dan syor daripada ahli akar umbi.

“Jarang kita dengan pengesyoran daripada ahli (akar umbi), apa lagi untuk dibuat selain selain yang baru kita dengar kita buat proses audit.

“Audit kerja auditor, (tetapi) kalau nak buat cadangan kita boleh pertimbangkan. Selain itu hanya pengharapan tapi itu (dari) suara murni yang ikhlas, dan (Majlis) Syura Ulama menerima,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: