PRU 13: Umno Bawa Masuk Rakyat Kemboja Pula?

 

 

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Para pemimpin dan jentera PAS di semua peringkat diminta melakukan pemantauan rapi kemasukan beramai-ramai rakyat Kemboja ke negara ini secara berperingkat-peringkat kerana ia dipercayai dibawa masuk oleh Umno BN untuk tujuan politik.

Kemasukan mereka dikesan seramai 50 orang sehari dan berterusan hingga sekarang sejak lebih sebulan lalu melalui Kelantan dan selepas itu mereka didapati sudah tidak keluar lagi.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menegaskan, mereka dibawa masuk melalui Rantau Panjang dan selepas itu tidak diketahui ditempatkan di mana, tetapi dipercayai disembunyikan oleh pihak Umno BN.

Menurut beliau, kemasukan rakyat Kemboja seramai 50 orang sehari merupakan sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini tidak pernah rakyat negara itu masuk ke Malaysia seramai itu, lebih-lebih lagi angka tersebut berterusan setiap hari sejak lebih sebulan lalu.

Katanya, mereka dibawa masuk secara terancang oleh pihak Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan diyakini untuk dijadikan pengundi bagi pihak BN untuk memenangkan parti itu dalam PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Saya mengetahui perkara ini melalui maklumat orang ramai dan sumber yang boleh dipercayai. Ia sememangnya merupakan sebahagian strategi jahat Umno BN bagi tujuan politik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kemasukan rakyat Kemboja itu, menurut beliau, diyakini untuk membantu BN menghadapi PRU Ke-13 bukan sahaja bagi negeri Kelantan, tetapi juga akan diserapkan ke negeri-negeri lain.

“Saya percaya, selain digunakan sebagai pengundi bagi pihak BN di Kelantan, mereka juga akan diserapkan ke negeri-negeri lain termasuk ke Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, terutama di negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat,” katanya.

Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menegaskan, kemasukan rakyat Kemboja itu dilakukan atas alasan pelancongan, tetapi ia sememangnya amat meragukan.

“Oleh itu, jentera PAS di semua peringkat amat perlu memantau kemasukan mereka itu sama ada atas alasan pelancongan dan pekerjaan lebih-lebih lagi menjelang PRU Ke-13 tidak lama lagi,” katanya.

Selain itu, beliau amat berharap agar jentera PAS turut berusaha mengesani di mana mereka disembunyikan bagi memudahkan tindakan seterusnya dilakukan.

“Jika benar mereka masuk untuk tujuan pelancongan, kenapa kemasukan mereka itu begitu sistematik dan berterusan sebanyak 50 orang sehari sejam lebih sebulan lalu.

“Lebih musykil lagi, kenapa setelah mereka masuk, mereka sudah tidak keluar lagi? Jika tidak kerana strategi Umno BN sehingga sanggup menyembunyikan mereka untuk tujuan politik, mustahil mereka tidak keluar lagi, sedangkan mereka masuk atas alasan pelancongan,” katanya.

Umno BN yang berada dalam keadaan terdesak sekarang, katanya, sememangnya sanggup melakukan apa sahaja termasuk dengan membawa masuk rakyat Kemboja untuk dijadikan pegundi bagi pihak mereka untuk menghadapi pilihanraya bagi membolehkan mereka mendapat kejayaan.

“Perbuatan itu ternyata bersalahan dengan undang-undang dan merupakan satu pengkhianatan yang jelas terhadap negara, tetapi Umno BN sanggup melakukannya tanpa mempedulikan semua itu bagi kepentingan mereka sendiri,” ujar beliau kesal.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: