Tempoh Tak Sampai SEBULAN Untuk Daftarkan Pengundi Baru PRU13!!

MalaysianInsider melaporkan:

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mewartakan 219,550 pemilih baru bagi suku pertama tahun ini menjadikan jumlah pemilih berdaftar meningkat kepada 12,032,467 orang, setakat 31 Mac lalu.

Pemilih baru itu diwartakan bersama 43,129 pemilih yang menukar alamat pusat mengundi.

Dipetik Bernama Online, Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said orang ramai yang berminat untuk membeli Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2011 boleh membuat tempahan di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Sebarang pertanyaan boleh diaju menerusi talian 03-88855600, atau Pejabat Pilihan Raya Negeri. – TMI.

Kira ok la dalam masa 3 bulan SPR dah berjaya sahkan daftar tu. Nak kata SPR cekap tak jugak pasainya nak sahkan daftar tambahan memang kena ikut prosedur.

Mula-mula lepas habis tempoh daftar untuk setiap suku contohnya suku pertama tu pada 31 Mac, SPR akan ambil masa lebih kurang 2 ke 3 minggu untuk selesaikan proses key-in data borang A tu. Lepas tu bila dah siap dikeluarkan Rang Daftar Pemilih Tambaha untuk suku tu untuk semakan dan bantahan. Tempoh tu cuma 7 hari termasuk hari cuti.

Lepas tu pulak SPR akan jalankan siasatan dan perbicaraan awam kalau ada bantahan. Tak tau berapa lama proses ni. Mungkin bergantung banyak mana bantahan dibuat. Lepas tu bila dah selesai, SPR akan buat senarai Rang Daftar Tambahan untuk suku tu untuk disahkan dan diwartakan.

Bila dah diwartakan baru boleh digunakan untuk pilihanraya. 3 bulan kira ok la. Macam artikel yang mungkin kita pernah baca atau tahu, kalau PRU13 dibuat hujung tahun ni, cuma ada sampai hujung bulan ni saja untuk daftarkan pengundi baru, sebelum berakhirnya suku ke-2.  Suku ke-2 ni mungkin akan disahkan awal September.

Suku ke-3 pulak mungkin akan disahkan pada bulan Disember. Maknanya memang tak boleh diguna la kalau pilihanraya bulan Novenber. Kecuali la kalau Najib sanggup bubar parlimen pada bulan Disember, masa biasanya berlaku banjir.

Jadinya, macam yang dikatakan tu, kalau PRU13 diadakan tahun ni, kita cuma ada tempoh sampai cukup bulan ni saja lagi untuk daftarkan pengundi baru. Kalau daftar selepas 31 Jun 2011 besar kemungkinan tak boleh mengundi masa PRU13 nanti.

Nak diingatkan juga, pengundi baru yang Penolong Pendaftar Sementara (PPS) PAS daftarkan memang ketinggalan berbanding dengan yang PPS Umno daftar pengundi baru mereka.

Jangan lepas PRU13 nanti ada yang menyesal pasai kalah dan lepas tu baru perasan ada lagi  ahli dan penyokong PAS yang dah boleh mengundi yang belum mendaftar.

p/s : Harap semua tolong check, adik beradik, sedara mara yang dah cukup umur, sila segerakan daftar pengundi untuk PRU ni.. Siap sedia dengan pengundi muda!!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: