Anak muda Melaka sertai Bersih 2.0

MELAKA, 13 Jun : Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Melaka melancarkan Bersih 2.0 semalam.

Pelancaran tersebut disempurnakan bersama oleh Ketua DAPSY Melaka, Tey Kok Kiew, Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah dan Ketua AMK Melaka, Law Bing Hau di Pejabat PAS Negeri Melaka di Semabok.

Dalam ucapan ringkasnya pada program tersebut, Yuhaizad yakin anak-anak muda negeri Melaka akan turun beramai-ramai menyatakan sokongan kepada pimpinan Bersih 2.0 yang menuntut suatu pilihan raya bersih, telus dan adil.

“Kita yakin anak-anak muda Melaka akan bersama-sama dengan anak-anak muda seluruh Malaysia turun untuk menyatakan bantahan dan menuntut pilihan raya yang bersih, adil dan telus.

“Selain itu kita juga yakin seluruh penyokong PR tidak mengira bangsa, agama, umur dan taraf kehidupan akan turun beramai-ramai bagi menjayakan perhimpunan bersejarah tersebut,” ujar Yuhaizad yang merupakan bekas calon PAS Pilihan raya kecil Merlimau.

Teh Kok Kiew dan Law Bing Haw juga melahirkan keyakinan yang sama di mana DAP dan PKR kata mereka akan menggerakkan seluruh ahli untuk sama-sama menghadiri perhimpunan aman tersebut.

Sementara itu, Pemuda Pakatan Rakyat akan menganjurkan ceramah untuk mobilisasi Bersih 2.0 pada 16 Jun ini bertempat di Dataran Hamas, Kompleks PAS Kawasan Jasin.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan menyampaikan ceramah tersebut bersama-sama dengan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, Pengerusi DAP dan PKR negeri, Goh Leong San dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: