Anak muda Melaka bantah harga air naik

MELAKA, 17 Jun: Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM) hari ini meneruskan kempen membantah kenaikan harga air negeri Melaka dengan mengadakan demonstrasi aman di perkarangan Masjid Al-Azim selepas solat Jumaat.

Sebelum ini GERAM telah membuat siri jelajah di setiap kawasan di negeri Melaka dengan mendapatkan tanda tangan rakyat Melaka selain siri-siri penerangan berbentuk ceramah dan risalah sebagai kaedah untuk memberitahu rakyat tantang kenaikan harga air yang membebankan itu.

Ketua Penggerak GERAM, Yuhaizad Abdullah dalam ucapannya pada demonstrasi tersebut berkata kerajaan negeri sengaja tidak mengeluarkan notis kepada rakyat bagi memaklumkan kenaikan air tersebut pada April lepas.

“Beberapa exco kerajaan negeri sebelum itu telah memberitahu untuk mengadakan perbincangan sedangkan tarif air telah dinaikkan, sepatutnya perbincangan itu dilakukan sebelum tarif air dinaikkan bagi mendapat maklum balas rakyat, bukan selepas harga air dinaikkan.

“Tindakan kerajaan seolah-olah sengaja untuk mengelirukan rakyat supaya mereka tidak membantah kenaikan ini yang jelas membebankan rakyat,” kata Yuhaizad yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka.

Shamsul Iskandar pula menegaskan tujuan bantahan ini adalah untuk menyedarkan rakyat supaya bangkit membuat perubahan di atas tindakan kerajaan BN yang menekan rakyat.

“Apa guna status negeri maju andai rakyat masih lagi terbeban dengan pelbagai kenaikan. Rakyat Melaka perlu berani berubah, jangan anggap kerajaan Barisan Nasional akan kekal selamanya.

“Kita berjanji akan menurunkan harga air dan mengkaji balik segala perkara yang membebankan rakyat andai Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Melaka nanti,” ujar Shamsul.

Demosntrasi tersebut selesai dengan lancar dan aman setelah pihak polis membenarkan demonstrasi tersebut berlangsung sehingga tamat.

Turut hadir menyertai demonstrasi tersebut ialah pimpinan Pakatan Rakyat pelbagai peringkat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: