Bantahan Besar Jika Utusan Enggan Mohon Maaf

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberikan tempoh seminggu kepada pihak akhbar Utusan Malaysia untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini berhubung siaran karikatur yang menghina Islam.

Tempoh seminggu ini bermula daripada tarikh karikatur ‘kekeliruan kes rogol’ tersebut disiarkan iaitu pada Rabu lalu.

Perkara tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada pihak Utusan Malaysia di ibu pejabatnya, Jalan Chow Sow Lin, dekat sini pagi ini.

Ketua DPPP, Nasrudin Hassan berkata, sekiranya perkara tersebut gagal dilakukan, DPPP tidak teragak-agak untuk melancarkan bantahan secara besar-besaran bagi memastikan desakan itu berjaya.

“Desakan kita ini sebagai satu mesej bahawa tindakan yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dan pelukis kartun tersebut adalah satu kesilapan besar yang melibatkan hukum hakam Islam,” kata beliau kepada pemberita selepas penyerahan memorandum pagi tadi (gambar).

Ianya diterima wakil ketua pengarang, Sufian Abu Bakar yang merupakan ketua meja jenayah.

Pelukis kartun yang dikenali sebagai Miki itu membuat dua perbandingan mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.

Gambar pertama yang merujuk kepada dialog antara pengadu wanita dan ‘tok penghulu’ yang berimejkan seorang alim.

Tok penghulu tersebut telah menolak aduan tersebut setelah wanita itu tidak mempunyai empat orang saksi walaupun ia mempunyai rakaman kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit.

Sebaliknya gambar kedua pula merujuk kepada dialog di antara pengadu wanita dan seorang yang digambarkan sebagai anggota polis.

Pihak polis menerima rakaman telefon bimbit untuk dijadikan bukti aduan rogol tersebut.

“Perbandingan dua gambar ini menafsirkan mesej yang salah dan bertujuan dangkal.

“Mesej yang cuba digambarkan khususnya melalui gambar pertama adalah tidak tepat sekaligus telah mengelirukan kefahaman rakyat berhubung prosedur perbicaraan kes rogol atau zina dalam perundangan Islam,” katanya.

Tambahnya, karikatur itu secara tidak langsung menggambarkan wujudnya kelemahan dalam tatacara pengendalian pebicaraan kes rogol atau zina seperti mana yang digariskan dalam Islan iaitu perlu kepada empat orang saksi.

“Malah ia telah mempersenda hukum Islam secara halus dengan mewajahkan prosedur itu sebagai tidak relevan dengan situasi semasa hari ini,” katanya yang  diiringi setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan exco, Sani Hamzan serta kira-kira sepuluh pemuda yang lain.

Justeru, katanya ia telah mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam di Malaysia.

Sementara itu, menurut Nasrudin memorandum tersebut diterima baik oleh pihak Utusan Malaysia dan Sufian berjanji akan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak atasan.

“Saya telah menjelaskan kenapa memorandum ini dihantar dan beliau (Sufian) berhasrat membawa perkara ini kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mereka tiba di pejabat Utusan Malaysia kira-kira jam 9.35 pagi dan masuk menyerahkan memorandum sebelum keluar kira-kira 20 minit kemudian.

Lebih kurang 30 anggota polis dilihat mengawal keselamatan di hadapan bangunan pejabat sebelum ketibaan mereka lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: