Karikatur: Pemuda PAS Kelantan lancar kempen Boikot Utusan

KOTA BHARU, 17 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyempurnakan Kempen Boikot Utusan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, sebentar tadi.

Majlis pelancaran kempen itu bermula sebaik sahaja beliau mengakhiri kuliah pagi Jumaat di Dataran Ilmu, di sini pada jam 10.15 pagi.

Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan memangkah perkataan Utusan Malaysia pada kain rentang sebagai simbolik pelancaran memboikot akhbar milik Umno itu.

Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar) dalam ucapan ringkas mengambil perkataan ‘Umno’ sebagai ungkapan kepada pemboikotan akhbar berkenaan.

Katanya, ‘UM’ adalah ringkasan kepada Utusan Malaysia dan ‘NO’ sebagai tidak, justeru ‘katakan tidak pada Utusan’ dan ‘tidak pada Umno’.

Beliau yang juga Adun Mengkebang memberikan tiga sebab tindakan memboikot itu dilakukan kerana Utusan sudah menjadi akhbar yang memecahbelahkan perpaduan rakyat, menyebar unsur-unsur lucah dan fitnah.

Menurutnya, kemuncak kepada tindakan akhbar berkenaan sejak mutakhir ini boleh menimbulkan hura-hara di dalam negara ini.

Namun, tegasnya pemboikotan diambil sebagai menyatakan bantahan terhadap akhbar itu yang menyiarkan karikatur mengenai kes rogol yang jelas menghina hukum Allah SWT.

Dewan Pemuda PAS Kelantan hari ini dengan tegas, menyeru seluruh rakyat agar tidak membeli dan membaca akhbar Utusan Malaysia milik Umno berikutan tindakannya menyiarkan karikatur didakwa menghina syariah Islam, kelmarin.

Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, penyiaran karikatur itu satu perbuatan melampau, yang tidak sepatutnya dilakukan oleh akhbar yang dikatakan mendokong kedaulatan Melayu dan Islam.

“Tindakan ini memang jelas bercanggah dengan akidah Islam. Pemuda amat peka terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab ini, menyeru seluruh rakyat memboikot daripada membeli serta membaca akhbar tersebut.

“Pemuda PAS Kelantan sememangnya mengecam keras lakaran kartun disiarkan akhbar Umno terbabit kerana mesej yang cuba disampaikan adalah jelas sekali betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat saksi dalam penghakiman kes zina, liwat dan rogol.

“Penghinaan satu perbuatan melampau,” katanya ketika melancarkan “Boikot Utusan Malaysia” di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Abdul Latiff menandatangan pada kain rentang tertera “Boikot Utusan Malaysia” sebagai simbolik pelancaran tersebut dan disaksikan hampir 2,000 orang.

“Kalau dulu, akhbar Denmark yang menghina Islam, tapi hari ini akhbar utama dalam negara kita yang menghina agama Allah yang maha suci,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru para pendukung PAS, Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat supaya tidak membeli akhbar tersebut.

“Kalau beli bermakna kita suburkan fitnah, lucah dan kita menghina Islam,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau turut mendesak akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam seluruhnya.

Tegasnya, penghinaan terhadap agama Allah yang dilakukan oleh Utusan tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyebabkan lebih banyak lagi penghinaan seperti itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: