Mendidik Bermula Dari Kecil Lebih Berkesan

images/stories/img_8283aaa.jpg

ALOR SETAR, 19 Jun 2011 – Pendidikan Islam bermula sejak kecil lebih-lebih lagi di zaman yang serba mencabar dan terutama dalam menghadapi masalah sosial di kalangan remaja yang semakin kronik.

“Sebab itu, kita disuruh mendidik kanak-kanak mendirikan solat semasa berumur tujuh tahun dan merotan mereka sekiranya enggan tunaikan solat ketika berumur sepuluh tahun,” ucap Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak semasa merasmikan Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Kedah di sini.

Sambungnya lagi, di zaman dahulu, pendidikan awal diberi oleh ibu atau ayah tetapi berlainan dengan zaman sekarang kerana sudah ada premis pendidikan yang memberi peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mendapat didikan awal terutama mengenai Islam.

“PASTI telah memberi sumbangan yang besar ke arah itu tetapi saya berharap perlu adakan penambahbaikan dalam sistem pendidikan agar selaras dengan perkembangan masa kini,” nasihatnya kepada kira-kira 500 orang guru-guru PASTI seluruh Kedah.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri sentiasa memikir dan merancang penambahbaikan sistem pendidikan dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk. Strategi yang berkesan untuk menarik masyarakat kepada pendidikan Islam perlu diberi keutamaan dalam meniti arus pendidikan mengikut peredaran zaman.

“Kalau sebut pendidikan Islam, ramai yang bersedia memberi sumbangan, tak kiralah samada dalam bentuk pandangan, idea atau lain-lain.

“Gunalah peluang yang ada untuk mendidik anak-anak bangsa kita kerana sumbangan guru-guru PASTI ini amatlah bernilai walau pun mendapat imbuhan yang tidak seberapa,” sambung beliau.

Tegasnya lagi, pendidikan ini bukan hanya ditujukan kepada pendidikan formal seperti di sekolah-sekolah tetapi ianya juga perlu ditengahkan dalam bentuk tidak formal. Pentarbiyyah Islam secara menyeluruh dalam kehidupan perlu diperkenalkan pada kanak-kanak agar apabila mereka dewasa kelak mereka tidak tersasar dari landasan sebenar.

“Kanak-kanak juga aset negara. Perkembangan mereka perlu dipantau bukan sahaja di sekolah tetapi perlu dipastikan pergerakan dan perlakuan mereka di rumah,” katanya lagi.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Negeri dan kawasan-kawasan sempena sambutan tersebut. Majlis tersebut diadakan di Dewan MBAS, Alor Setar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: