Saf Kepimpinan Kedah Yang Memperkasakan PENERANGAN

Oleh : ZULKIFLI YAHAYA

“Apa komen tuan dengan saf kepimpinan PAS Kedah 2011/2013?”

Tertarik juga dengan soalan yang diajukan itu. Jika soalan yang sama ditanya kepada orang yang berlainan maka jawapannya biasanya berlainan. Ia bergantung kepada realiti kehidupan orang yang menjawab. Orang yang prihatin dengan ekonomi akan ulas aspek ekonomi, pendidikan dengan aspek pendidikan, begitu seterusnya.

Saya bergelumang hari-hari dengan kerja penerangan, khususnya penerangan kerajaan negeri Kedah. “Ia adalah kabinet yang terbaik untuk memperkasakan penerangan!” itu ulasan pertama saya.

Ketua Penerangan, Haji Mohd Sanusi Md Nor (gambar) adalah Setiausaha Politik, orang kanan MB (yang juga merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah). Orang yang paling hampir dengan MB adalah ‘penerima arahan dan pemberi nasihat’ yang terbaik kepada MB. Gerak kerja penerangan jadi mudah untuk dijayakan.

Setiausaha Perhubungan, Ustaz Musoddak Ahmad adalah Pegawai Khas MB yang menjaga Urusan Penerangan. Timbalan Pesuruhjaya 1, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi adalah bekas Ketua Penerangan PAS Kedah. Begitu juga Bendahari YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah juga adalah bekas Ketua Penerangan PAS Kedah. Timbalan Pesuruhjaya 2 YB Dr Ismail Salleh adalah bekas Exco Penerangan. YAB Ustaz Azizan sendiri adalah bekas Ketua Penerangan PAS Pusat. Pendeknya, hampir kesemua ahli Dewan Harian adalah orang yang memahami kerja-kerja penerangan.

Di hadapan Sdr. Sanusi terbentang kerja besar yang perlu dijayakan dalam masa terdekat iaitu menggerakkan gelombang kebangkitan rakyat mempertahankan pemerintah Negeri Kedah dan membantu menumbangkan BN di Pusat.

* Haji Zulkifli Yahaya merupakan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: