Kerajaan Negeri Kedah Hulur Sumbangan Untuk Pelbagai Kaum

http://wartakedah.net/images/stories/Jun2011/yb%20ghani-pndidikan%20dan%20kmasyarakatn.jpg

KODIANG – Kerajaan Negeri tetap memberikan perhatian kepada bidang pendidikan dan kemasyarakatan dengan menyalurkan bantuan bagi meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, YB. Abdul Ghani Ahmad berkata, sebagai bukti, Kerajaan Negeri telah memberi wang sebanyak RM50,000 kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa yang telah berjaya masuk ke pertandingan pancaragam mewakili Malaysia ke Pertandingan Antarabangsa di China pada tahun ini.

“Kerajaan Negeri turut memberi tanah seluas tiga ekar kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Pumpong di Jalan Suka Menanti, di sini di samping bantuan kepada tiga buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Persendirian sebanyak RM180,000 setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Kebakaran dan Sumbangan Balai Bomba Sukarela Pekan Kodiang di Balai Bomba Sukarela Pekan Kodiang, di sini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga turut melantik dua EXCO iaitu YB. Tan Chow Kang dan YB. Lim Soo Nee mewakili kaum Cina di samping memberi kelulusan tanah untuk lot tanah sekolah persendirian dengan bayaran tahunan sebanyak RM10 setahun termasuk premis kebajikan/bomba sukarela.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan memberitahu, Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan peralatan pancaragam Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lam Min, Kerpan sebanyak RM5,000.

“Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan kelulusan untuk peralatan kerusi dan meja di Perkuburan Kwantung, Kodiang sebanyak RM5,000 serta membaiki dan mengubahsuai halaman tokong Kuan Yim Pu Sa Ling Tong di Kodiang,” ujarnya.

Abdul Ghani menjelaskan, Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Kubang Pasu telah membangunkan semula Arked Semarak yang musnah dalam kebakaran pada 18 April 2008 dengan membenarkan mangsa yang terlibat meneruskan aktiviti perniagaan seperti biasa pada tahun 2009.

“Jawatankuasa Mangsa Kebakaran berjaya mengutip derma sebanyak RM 63,990 dan sumbangan Majlis Keselamatan Negara (Kedah) sebanyak RM 30,000 pada 28 September 2008,” katanya.

Tambahnya, bayaran dibuat empat peringkat kepada semua mangsa iaitu peringkat pertama sebanyak RM4,500, peringkat kedua (RM 3,600), peringkat  ketiga (RM457) dan peringkat keempat (RM175).

Menurutnya, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh turut menyerahkan sumbangan cek sebanyak RM500 untuk aktiviti pasukan Bomba Sukarela Pekan Kodiang dan wang tunai sebanyak RM100 untuk perkuburan Kwantung,  Pekan Kodiang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: