‘Kita Dah Terbit Kejayaan Manifesto, Timbul Persepsi Lain Pula’

ALOR SETAR, 27 Jun 2011 – “Saya pelik dengan sikap pemimpin UMNO yang sebelum ini begitu ghairah mahu kejayaan manifesto PRU-12 diedarkan kepada umum, namun bila diedarkan timbul persepsi lain pula,” kata Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Tambah beliau lagi, dahulu pihak UMNO beria-ria agar pencapaian tersebut diedarkan tapi bila telah hebahkan kepada rakyat mereka mendakwa ianya satu pembohongan.

“Sekiranya mereka tidak berpuas hati, mereka boleh terbitkan buku jawapan untuk menidakkan kesahihan fakta dalam buku tersebut.

“Saya sedia tunggu pemimpin UMNO buat kajian semula terhadap penjelasan buku itu dan jawab semula berdasar penilaian mereka,” ujarnya lagi.

Azizan berkata lagi, bagi pihaknya tiada masalah sekiranya mereka berhasrat membangkitkan semula isu manifesto dalam Sidang DUN akan datang.

“Itu hak mereka untuk membangkitkan apa jua soalan dalam Sidang DUN. Pihak saya tiada masalah untuk menjawab dan memperjelaskan isu tersebut walau pun ianya telah dibukukan.

“Bagi saya pencapaian yang dipaparkan dalam buku itu tidak penting. Yang penting rakyat Kedah tahu apa yang telah kita buat kerana kebanyakan daripada kejayaan manifesto turut melibatkan rakyat secara lansung,” tegasnya.

Sambungnya lagi, paparan dalam buku itu semuanya berlandaskan fakta dan kerajaan negeri telus dalam perinciannya. Ini dibuktikan dengan penjelasan yang tepat berhubung perkara yang telah dan belum dicapai, juga yang masih dalam perancangan.

“Kita tidak berselindung. Kita paparkan kepada rakyat secara telus, termasuk tujuh perkara dalam manifesto yang belum dilaksanakan,” katanya.

Ulasan Azizan tersebut ekoran kenyataan ADUN Bakar Bata, Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah mempertikaikan kesahihan pencapaian 80 peratus manifesto PRU-12 ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Kedah. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah menyifatkan buku terbabit satu pembohongan untuk mengaburi dan mengelirukan pemikiran rakyat dan tidak menggambarkan situasi sebenar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: