Archive for July, 2011

Tahniah!! Tahniah PASTI Kuala Kedah Dari Kami DPP Kuala Kedah!!

30 Julai 2011, Merbok – PASTI Kawasan Kuala Kedah telah menyertai pertandingan pada Hari Alam Ria, peringkat PASTI Kedah 2011 yang bertempat di Madrasah Zubaidiyah, Merbok. Majlis tersebut disertai semua wakil pemenang Hari PASTI peringkat kawasan dari seluruh negeri Kedah.

Antara pertandingan yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan membaca khutbah, pertandingan azan subuh, nasyid, pidato, deklamasi sajak, bercerita kisah-kisah dari Al-Quran, pertandingan hafazan surah dan juga hafazan doa. PASTI Kawasan Kuala Kedah telah menghantar wakil dalam semua acara.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan Dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Dr. Hamdan Mohamed Khalib. Turut hadir, Pengerusi PASTI Kedah, Ustaz Mohd Azam Abd Samat, Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Rosli Azmi dan Pengerusi Jabatan PASTI setiap kawasan.

wakil nasyid PASTI Kawasan Kuala Kedah

para juri pertandingan nasyid

komen Ketua Juri pertandingan nasyid

peserta azan PASTI Kawasan Kuala Kedah

YB Dr Hamdan diiringi Ustaz Azam menyampaikan hadiah

peserta sajak PASTI Kawasan Kuala Kedah

peserta hafazan doa PASTI Kawasan Kuala Kedah

peserta hafazan surah

sekilas pandang sewaktu rehat

gambar kenangan sebahagian ‘kontijen’ PASTI Kawasan Kuala Kedah

p/s : Tahniah sekali lagi buat PASTI Kawasan Kuala Kedah dari pihak DPP Kuala Kedah, yang telah memenangi dua acara, untuk mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Ipoh, Perak nanti. Kepada yang mendapat saguhati ataupun tidak menang, mungkin tidak ada rezeki tahun ni, cuba lagi tahun depan, insyaAllah kita boleh.. Teruskan usaha gigih, bagi mengharumkan nama PASTI Kawasan Kuala Kedah dan negeri, untuk peringkat pusat/kebangsaan selepas ni..

DPP Kuala Kedah Adakan Jamuan Meraikan Peserta BERSIH 2.0

Majlis jamuan bagi meraikan peserta BERSIH 2.0 anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, telah diadakan pada jam 8.30 malam, 28hb Julai 2011 baru-baru ini, setelah sebelah siangnya YB Nurul Izzah datang ke pejabat PKWR Kubang Rotan, dan lewat petang DPP Kuala Kedah turun bertemu rakyat bersama YB Nasir, mengedarkan taqwim Ramadhan di tapak pasar malam Kuala Kedah.

Malam tersebut, para peserta BERSIH 2.0 kawasan Kuala Kedah diraikan di restoran tepi sungai, berhadapan Stadium Darul Aman, Alor Setar. Majlis dimulai dengan membaca surah Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, Ustaz Ridzwan. Tujuan jamuan ini dianjurkan adalah untuk menghargai para pejuang BERSIH 2.0 Kawasan Kuala Kedah yang berani dan ikhlas walaupun pelbagai sekatan dan tangkapan dibuat oleh pihak polis, hanya kerana mahu melihat pilihanraya umum di negara kita lebih adil, bersih dan telus.

Majlis jamuan turut disertai beberapa pimpinan Pakatan Rakyat. Turut hadir YB Nurul Izzah Anwar, YB Nasir Mustafa, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Aris Awang, Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar, pemimpin PKR negeri dan Cabang Kuala Kedah, ahli-ahli jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Kedah dan AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Kedah.

DPP Kuala Kedah Bersama YB Nasir Edar Taqwim Ramadhan

Pada jam 6.30 petang, 28hb Julai 2011 (Khamis), DPP Kuala Kedah bersama YB Nasir Mustafa turun padang bertemu rakyat di kawasan Kuala Kedah. Kawasan yang dipilih adalah di tapak pasar malam Kuala Kedah.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar pasar malam Kuala Kedah, ketika mana edaran taqwim Ramadhan dibuat DPP Kuala Kedah yang diketuai Saudara Azizi Abdullah bersama Adun Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa.


Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah Berkunjung Ke Pejabat PKWR Kubang Rotan

Ini merupakan sebahagian gambar ketika menerima kunjungan YB Nurul Izzah, Naib Presiden PKR ke pejabat PKWR ADUN Kubang Rotan, pada 28hb Julai 2011, jam 5 petang, yang mana turut disambut oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Hj Ahmad Kasim, Adun Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa, Ketua DPP Kuala Kedah, Saudara Azizi Abdullah serta wakil kepimpinan PAS Kuala Kedah dan DPP Kuala Kedah.

 





Lajnah Ekonomi DPP Ada Jual Kurma!!


Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba, Lajnah Ekonomi Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah ingin menambah dana jamaah dengan melancarkan jualan Kurma Rotab yang bernama ‘Manisa’.

Jualan Kurma Manisa produk terbaik dari Iran oleh Lajnah Ekonomi Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah boleh dibeli secara terus atau ditempah segera mulai sekarang.  Harga hanya RM10 untuk pek 450g.

Untuk tempahan atau keterangan lanjut, boleh menghubungi Saudara Radzi Said 013-4450412.

Mai order mai, boleh borong, boleh cuba seisi keluarga. Sama-sama kita bantu ekonomi DPP Kuala Kedah!!

Hari Ujibakat PASTI Kawasan Kuala Kedah Berlangsung Meriah

Kota Sarang Semut, 23 Julai 2011 – Kemeriahan Hari Ujibakat PASTI Peringkat Kuala Kedah 2011 yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut siang tadi, terserlah dengan penyertaan dari PASTI yang datangnya dari serata kawasan sekitar parlimen Kuala Kedah. Kehadiran ibu bapa dan guru-guru PASTI memberikan sokongan padu kepada murid-murid PASTI, yang menyertai pelbagai pertandingan, menghangatkan lagi suasana yang ada.

Majlis yang disempurnakan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Saudara Helmi bin Khalid, bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 2.30 petang, berjalan dengan lancar. Ia ditambah pula dengan kerjasama erat antara pihak penganjur, Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah bersama PASTI Kawasan Kuala Kedah, melicinkan gerak kerja seterusnya menjadikan program tersebut dilihat berjaya mencapai objektifnya.

Antara pertandingan yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan membaca khutbah, pertandingan azan subuh, nasyid, pidato, deklamasi sajak, bercerita kisah-kisah dari Al-Quran, pertandingan hafazan surah dan juga hafazan doa. Selain merapatkan hubungan antara satu sama lain, bakat anak-anak kecil juga berjaya dicungkil melalui pertandingan-pertandingan tersebut.

PASTI As-Salam, dari Taman Pelangi mendapat mata keseluruhan tertinggi, sekaligus membawa pulang piala utama Ujibakat PASTI Peringkat Kuala Kedah 2011. Saudara Azizi Abdullah sebagai Pengerusi PASTI merangkap Ketua Dewan Pemuda Kuala Kedah, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.

Ketua DPP Kuala Kedah, Saudara Azizi Abdullah sedang berucap

Gambar sebahagian dari hadirin yang hadir

Suasana di salah sebuah bilik pertandingan

Antara kumpulan nasyid yang bertanding

Pertandingan lain yang diadakan di dalam dewan

Kelihatan sebahagian piala pertandingan

Setiausaha DPP, Saudara Zulkiflee Ahmad

bersama pimpinan DPP kawasan

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Setiausaha

Akhbar MB Kedah, Saudara Helmi Khalid

Ketua DPP sempat juga menyampaikan hadiah

Penyampaian cenderamata kepada Setiausaha

Akhbar Menteri Besar Kedah

Ujibakat PASTI Peringkat Kuala Kedah 2011

 

Ujibakat PASTI Peringkat Kawasan Kuala Kedah 2011

Anjuran : Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah

Tempat : Kompleks PAS Kedah Batu 9

Tarikh : 23 hb Julai 2011 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 2.30 petang

Majlis akan disempurnakan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah,

Saudara Helmi bin Khalid

 

Apa yang menarik??

~melihat bakat dan kepetahan anak-anak kecil dalam pertandingan berikut :

Pertandingan Khutbah, Pertandingan Azan Subuh, Nasyid, Pidato, Deklamasi Sajak, ​Bercerita Kisah Dari Al-Quran, Hafazan Surah dan Hafazan Doa

 

SEMUA lapisan masyarakat dijemput hadir.

DPP Kuala Kedah sangat mengalu-alukan kehadiran anda sekeluarga.

Jom kita pakat pi ramai-ramai!!