Hari Ujibakat PASTI Kawasan Kuala Kedah Berlangsung Meriah

Kota Sarang Semut, 23 Julai 2011 – Kemeriahan Hari Ujibakat PASTI Peringkat Kuala Kedah 2011 yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut siang tadi, terserlah dengan penyertaan dari PASTI yang datangnya dari serata kawasan sekitar parlimen Kuala Kedah. Kehadiran ibu bapa dan guru-guru PASTI memberikan sokongan padu kepada murid-murid PASTI, yang menyertai pelbagai pertandingan, menghangatkan lagi suasana yang ada.

Majlis yang disempurnakan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Saudara Helmi bin Khalid, bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 2.30 petang, berjalan dengan lancar. Ia ditambah pula dengan kerjasama erat antara pihak penganjur, Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah bersama PASTI Kawasan Kuala Kedah, melicinkan gerak kerja seterusnya menjadikan program tersebut dilihat berjaya mencapai objektifnya.

Antara pertandingan yang diadakan pada hari tersebut ialah pertandingan membaca khutbah, pertandingan azan subuh, nasyid, pidato, deklamasi sajak, bercerita kisah-kisah dari Al-Quran, pertandingan hafazan surah dan juga hafazan doa. Selain merapatkan hubungan antara satu sama lain, bakat anak-anak kecil juga berjaya dicungkil melalui pertandingan-pertandingan tersebut.

PASTI As-Salam, dari Taman Pelangi mendapat mata keseluruhan tertinggi, sekaligus membawa pulang piala utama Ujibakat PASTI Peringkat Kuala Kedah 2011. Saudara Azizi Abdullah sebagai Pengerusi PASTI merangkap Ketua Dewan Pemuda Kuala Kedah, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.

Ketua DPP Kuala Kedah, Saudara Azizi Abdullah sedang berucap

Gambar sebahagian dari hadirin yang hadir

Suasana di salah sebuah bilik pertandingan

Antara kumpulan nasyid yang bertanding

Pertandingan lain yang diadakan di dalam dewan

Kelihatan sebahagian piala pertandingan

Setiausaha DPP, Saudara Zulkiflee Ahmad

bersama pimpinan DPP kawasan

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Setiausaha

Akhbar MB Kedah, Saudara Helmi Khalid

Ketua DPP sempat juga menyampaikan hadiah

Penyampaian cenderamata kepada Setiausaha

Akhbar Menteri Besar Kedah

Advertisements

2 responses to this post.

  1. tahniah…
    pasti kwsn k.kdh mmg hebat la….
    dah smakin maju kehadapan…menpunyai blog ,tersendiri…
    ada peningkatan…teruskan perrjuangan..”hidup k.kdh”

    Reply

  2. tahniah utk PASTI Kawasan K.Kedah, menang juga dlm pertandingn PASTI peringkat negeri Kedah, dan akan mewakili negeri dlm beberapa acara utk PASTI peringkat kebangsaan selepas ni yg akan dibuat di Ipoh, Perak..

    utk makluman, ni blog dewan pemuda k.kedah yg baru, tapi Ketua Pemuda K.Kedah juga Pengerusi PASTI kan..
    kira PAS, DPP dan PASTI Kawasan K.Kedah ada peningkatan insyaALLAH.. kita doakan..

    teruskan perjuangan kita demi ISLAM tertegak.. didikan anak-anak bermula dari kecik.. Ameen..(“,) Tahniah PASTI K.Kedah..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: