Archive for August, 2011

Majlis Berbuka Puasa Belia & Sumbangan Aidilfitri Bersama Guru PASTI

Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah dengan kerjasama Sekretariat Belia Negeri Kedah telah menganjurkan program Iftor Belia dan Majlis Berbuka Puasa, malah turut menyampaikan sumbangan dan saguhati Aidilfitri kepada guru-guru PASTI pada 25 Ogos 2011 (Khamis) baru-baru ini.

Program yang diadakan di Masjid Ihsan Kubang Rotan itu, bermula pada jam 6.00 petang, bukan sahaja dihadiri guru-guru PASTI Kawasan Kuala Kedah, malah dihadiri belia anak muda yang turut sama-sama menjayakan program anjuran DPP Kuala Kedah pada hari tersebut.

Antara tetamu jemputan yang hadir, kepimpinan PAS Kawasan Kuala Kedah, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah merangkap ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar, saf kepimpinan dan AJK DPP Kuala Kedah, Dewan Muslimat dan Nisa’ Kawasan Kuala Kedah.

Saudara Azizi Abdullah, Ketua DPP Kuala Kedah memberikan ucapan

Antara kepimpinan yang hadir pada program tersebut

Majlis dimulakan dengan ringkas tapi cukup bermakna

Sekilas sudut pandang sebahagian hadirin yang hadir

Munajat Perdana Di Kompleks PAS Kedah Batu 9

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah menjemput semua muslimin dan muslimat untuk hadir, dalam usaha kita mendapat barakah, rahmah, maghfirah dan taqwa dari bulan Ramadhan yang mulia, mencari Lailatul Qadr sambil bermunajat untuk kemenangan Islam!!

Edaran Taqwim Ramadhan Diteruskan

Salam Ramadhan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah baru-baru ini, meneruskan edaran taqwim Ramadhan sambil meluangkan masa turun padang bertemu rakyat. Jika sebelum ini iaitu pada 28 Julai 2011, ianya bertempat di tapak Pasar Malam Kuala Kedah, malah YB Nasir Mustafa, Adun Kubang Rotan turut ikut serta.

Namun kali ini pada 29 Julai 2011, operasi pengedaran taqwim oleh DPP Kuala Kedah bertempat di tapak Pasar Malam Kuala Sungai, bermula pada pukul 6.30 petang. Kepimpinan dan ahli jawatankuasa DPP Kuala Kedah turun untuk membantu edaran taqwim tersebut.

Keesokan harinya pula, pengedaran taqwim Ramadhan diteruskan lagi di kawasan Pasar Besar Alor Setar dan di Billion Alor Setar pada 30 Julai 2011. Bermula 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Rata-rata rakyat yang ditemui mengalu-alukan pengedaran taqwim tersebut malah memuji kehadiran pimpinan turun padang bertemu dengan rakyat bawahan.

InsyaAllah jika berkesempatan, DPP Kuala Kedah akan turun padang lagi ke beberapa kawasan dan tempat, pada hari-hari yang lain pada bulan Ramadhan ini.