Presiden PAS Berpuas Hati Dengan Pencapaian Kedah

Presiden PAS bersama Menteri Besar Kedah bergambar

dengan penerima-penerima anugerah tokoh PAS Kedah

 

KOTA SARANG SEMUT – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpuas hati dengan pencapaian Kedah malah menyifatkan Kerajaan Negeri berjaya mentadbir dengan baik walaupun sistem persekutuan tidak diamalkan secara telus di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, tindakan ini membuktikan bahawa sehingga kini Umno-Barisan Nasional (BN) masih tidak dapat menerima hakikat kehilangan lima negeri dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

“Ternyata Kerajaan Negeri Kedah masih dapat menjalankan tugas dengan baik, dan apa yang penting ialah kita dapat memperkenalkan konsep kerajaan yang bersih dan amanah dan inilah perkara penting dalam amalan demokrasi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Sambutan 60 Tahun Pas peringkat negeri Kedah, di Kompleks Pas Batu 9, malam kelmarin.

Abdul Hadi berkata, beliau yakin sekiranya pilihan raya umum akan datang dilaksanakan secara telus dan adil, Pas bukan sahaja berupaya menambahkan bilangan kerusinya di Kedah tetapi juga dapat menawan negeri lain.

“Malah pada pilihan raya umum sebelum ini, Pas berjaya meletakkan wakil di semua negeri selain Sabah, Sawarak dan Melaka.

“Bagaimanapun, saya berpesan agar seluruh ahli tidak terlalu yakin. Yang penting kita perlu bergantung kepada kerja, kesungguhan dan kekuatan diri sendiri, bukan mengharapkan kelemahan yang ada pada parti lawan,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: