Archive for November, 2011

Program Khatan Perdana Kawasan Kuala Kedah

DPP Kawasan Kuala Kedah akan mengadakan program berkhatan sekitar kawasan DUN dalam parlimen Kuala Kedah seperti mana yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Program Khatan Perdana tersebut akan diadakan pada 25 November (Jumaat) di Dewan Markaz PAS Anak Bukit di Alor Pial, 26 November (Sabtu) di Markaz PAS Pengkalan Kundur dan 27 November (Ahad) di Markaz PAS Kubang Rotan.

InsyaAllah, kita akan mengadakan sedikit kenduri bagi meraikan mereka yang menyertai program khatan perdana ini, di setiap tempat pada pukul 11.00 pagi.

Pendaftaran adalah sebanyak RM35 seorang. Untuk pendaftaran, bolehlah menghubungi wakil-wakil di setiap kawasan DUN masing-masing.

  • Yusrin (Anak Bukit) – 012-3300 727 / 04-7347359
  • Basri (Pengkalan Kundur) – 019-4241 796 / 04-7718027
  • Tahir (Kubang Rotan) – 012-5545 424 / 04-7335785

ADUN Pembangkang Puji Kerajaan Negeri Kedah

 

Antara Perbahasan Bajet 2012 Sidang DUN Kedah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Titah Perasmian dan Pembentangan Bajet 2012 Sidang DUN Kedah

 

Sekitar Program Bersama Saudara Bob Lokman di Kuala Kedah

Sebahagian peserta-peserta konvoi anak muda

Kuala Kedah bersama Saudara Bob Lokman

Turut kelihatan Ketua Penerangan Kuala Kedah, Ust Ridzwan manakala Ketua Pemuda,

Azizi Abdullah (di belakang sana) terus memobilasi angkatan anak muda

Trafik Kuala Kedah dan urusetia yang mengawal lalu lintas konvoi

Setibanya konvoi bersama Bob Lokman di tapak pasar malam Kuala Kedah

Bob Lokman diiringi Ketua Pemuda menyapa dan

beramah mesra dengan penduduk Kuala Kedah

Ada yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Bob Lokman

Kelihatan sebahagian yang menghadiri Ceramah Perdana di Dewan Al-Amin,

Teluk Bagan bersama Saudara Bob Lokman,YB Ust Izzat dan Hj Aris Awang

10 November Bersama Bob Lokman di Kuala Kedah

InsyaAllah, kepada semua anak muda, dijemput untuk sama-sama kita konvoi bermotor bersama Saudara Bob Lokman pada petang 10 November (Khamis) ini, kemudian sembahyang asar di Markaz Anak Bukit Alor Pial, sebelum bergerak ke tapak pasar malam Kuala Kedah untuk daftar pemilih pengundi baru di sana.

Sebelah malam (9.30 malam) kita akan bersama-sama Bob Lokman sekali lagi untuk ceramah politik bertajuk ‘Masa Depan Negara?’, di Dewan Al-Amin, Markaz Pengkalan Kundur, Kg Teluk Bagan. Selain Bob Lokman, pada malam tersebut turut menampilkan Timbalan Speaker DUN Kedah yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, YB Ustaz Izzat Shauki, dan juga Hj. Aris Awang, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah yang juga merupakan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Diharapkan semua dapat menghebah-hebahkan program ini, dan mengajak sahabat-sahabat, ahli keluarga dan semua pihak datang beramai-ramai bagi menjayakan program ini. Semoga perjuangan Islam kan terus bersinar di negeri Kedah, insyaAllah.. Takbir!!

Promosi Program-Program Terdekat di Kuala Kedah

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah, ingin memaklumkan, insyaALLAH dalam masa terdekat, dalam bulan November ini, ada beberapa program yang akan berlangsung di kawasan Kuala Kedah.

Program terdekat 10 November 2011 bersama Bob Lokman, konvoi bermotor pada sebelah petang, proses pendaftaran pemilih untuk pilihanraya di pasar malam Kuala Kedah, ceramah Bob Lokman dan beberapa penceramah jemputan di Dewan Al-Amin Pengkalan Kundur, pada sebelah malamnya.

Majlis berkhatan akan dianjurkan pada 25hb, 26hb dan 27hb November 2011. Kepada ibu bapa yang berminat untuk anak-anak menyertai majlis berkhatan ini, diharapkan dapat bersedia dengan tarikh-tarikh yang disebutkan di atas.

Untuk makluman, majlis berkhatan pada 25 November di Dewan Markaz Anak Bukit, 26 Nov di Markaz Pengkalan Kundur dan 27 Nov di Kubang Rotan.

Semoga perancangan dan program yang akan dilangsungkan ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dari Allah. InsyaAllah..