Archive for March, 2012

Ketua DPP Turut Hadir ke Mesyuarat Agong PAS Cawangan Batu 6 Kg Padang

Mesyuarat Agong PAS Cawangan Batu 6, Kg Padang Kali Ke-26

Tarikh : 30 Mac 2012 (Jumaat)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Dewan Surau Batu 6 Jalan Kuala Kedah

Perasmian Oleh : YB Mohd Nasir Mustafa, NYDP PAS

Kawasan Kuala Kedah, merangkap ADUN Kubang Rotan

Tuntutan Saman Terhadap RTM Berkaitan Fitnah Isu Jalan di Kawasan Kuala Kedah

YB Mohd Nasir Mustafa, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah yang juga ADUN Kubang Rotan telah memfailkan saman terhadap penerbit rancangan “Titik Sentuhan Terus Bertindak” yang telah disiarkan melalui RTM1, mengenai isu jalan yang merupakan suatu fitnah kepada beliau dan Pakatan Rakyat di kawasan Parlimen Kuala Kedah. Fail saman telah dilakukan oleh peguam Aminudin di Mahkamah Alor Setar. Sebutan kes akan dibuat pada 24 April 2012 ini.

 

Berikut adalah sidang media selepas berakhirnya proses pemfailan tuntutan saman tersebut :

 

Ketua DPP Bersama NYDP PAS Kawasan Hadir ke Mesyuarat Agong Dewan Muslimat

Ketua DPP Kawasan Kuala Kedah, Azizi Abdullah bersama NYDP Kawasan Kuala Kedah, YB Nasir Mustafa, telah menjadi tetamu jemputan ke Mesyuarat Agong Dewan Muslimat Kawasan Kuala Kedah Kali Ke-36, yang mana telah diadakan pada 23 Mac 2012 bersamaan 30 Rabiulakhir 1433H, bertempat di Dewan Al-Amin, Pengkalan Kundur.

majlis perasmian Mesyuarat Agong bermula

NYDP Kawasan Kuala Kedah, YB Nasir kelihatan sungguh ceria

Ketua DPP Kawasan Kuala Kedah, Azizi Abdullah menemani YB Nasir Mustafa

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Kedah

gambaran sebahagian ahli perwakilan dan pemerhati yang hadir

ahli-ahli perwakilan Dewan Muslimat yang komited dengan perjuangan

Keputusan SPM : Jutaan Tahniah Kepada Anak-Anak Kuala Kedah Yang Berjaya!!

Salam. Kami dari saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Kuala Kedah mengucapkan jutaan tahniah kepada adik-adik yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM terutama kepada pelajar-pelajar tingkatan lima yang telah mengikuti Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM bersama DPP Kawasan Kuala Kedah pada 15 Oktober 2011 yang lepas. (di sini)

Tidak dilupakan juga, ucapan tahniah dari kami DPP Kawasan, buat aktivis PAS Kawasan Kuala Kedah, Saudara Fuad Lazim atas kejayaan anaknya mendapat 7A dalam peperiksaan SPM kali ini. (di sini)

Semoga kejayaan yang diberikan Allah ini, disertai rasa penuh kesyukuran dan jiwa kehambaan, untuk kita semua terus memberikan sumbangan buat jamaah Islam yang kita cintai.. Barakallahufiikum..

Majlis Kesyukuran & Ceramah Pimpinan PAS Kawasan Kuala Kedah

Majlis Kesyukuran dan Ceramah melibatkan 3 ADUN PAS Kawasan Kuala Kedah seperti yang dijanjikan PAS Kawasan Kuala Kedah dalam mesyuarat khas kawasan sebelum ini.

Ceramah Khas Hadapi UMNO anjuran PAS Kawasan Kuala Kedah, dihadiri semua saf kepimpinan PAS Kawasan Kuala Kedah dan ahli-ahli PAS Kawasan Kuala Kedah, bertempat di Markaz PAS Kubang Rotan, bermula jam 9 malam pada 16 MAC 2012 (Jumaat) yang lalu.

Sebahagian gambar di Majlis Kesyukuran dan Ceramah PAS Kawasan Kuala Kedah :

Alhamdulillah.. Syukran jazilan kepada semua pendokong jamaah yang ikhlas dan istiqamah dalam perjuangan Islam.. Kita doakan semoga kemenangan Islam terus ‘berkibar’ di seluruh kawasan Kuala Kedah sekaligus terus mempertahankan kemenangan Islam di Negeri Kedah Darul Aman insyaAllah!! Takbir!! Allahuakbar!!

DPP Kuala Kedah Turut Serta Ke Muktamar Tahunan PASTI Kawasan Kuala Kedah

MESYUARAT TAHUNAN PASTI KAWASAN KUALA KEDAH 2012 (MUKTAMAR PASTI MGP KAWASAN)

Perasmian Oleh : Ustaz Subky bin Sulaiman, AJK PASTI Negeri Kedah

Tarikh : 16 Mac 2012 bersamaan 23 Rabiulakhir 1433H (Jumaat)

Tempat : Dewan Al-Amin Pengkalan Kundur

Keputusan Mesyuarat Khas PAS Kawasan Kuala Kedah

Bismi-llāhi r-Raḥmāni r-Raḥīm

Demi Menyempurnakan Ketaqwaan Kepada Allah dan Kebaktian Kepada Sesama Manusia.

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Khas PAS Kawasan Kuala Kedah yang bersidang pada 5.30 ptg, Ahad, 11 Mac 2012 di Markaz PAS Kawasan Kuala Kedah, Kg Kuala Sungai, Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah, telah:-

1. Sebulat suara bersetuju dan akur terhadap keputusan serta arahan PAS Pusat:-
a. Penubuhan Jawatankuasa Pemandu.
b. YAB Dato’ Seri Hj Azizan Abd Razak kekal sebagai Menteri Besar Kedah.
c. YB Dato’ Hj Phahrolrazi Zawawi menerima semula jawatan sebagai EXCO negeri Kedah.

2. Mesyuarat sebulat suara bersetuju bahawa semua keputusan yang diputuskan sebelum ini dimansuhkan serta merta.

3. Mesyuarat juga memutuskan satu majlis kesyukuran dan ceramah yang melibatkan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi, YB Dato ‘ Amiruddin Hamzah dan YB Mohd Nasir Mustafa akan diadakan dalam jangka masa terdekat ini.

Sekian, harap maklum.

ARIS BIN AWANG
Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah.
9.47 mlm – 11 Mac 2012