Lagi Pelaburan Masuk Ke Kedah Sebanyak RM1.84 Billion

KULIM, 4 Mac 2012 – Kini terbukti bahawa Kedah sedang menjadi pusat tumpuan pelabur-pelabur luar dari pelbagai negara dan industri apabila menerima pelaburan sebanyak RM1.84 bilion daripada Syarikat Panasonic Energy Malaysia Sdn Bhd.

Syarikat tersebut telah melaksanakan majlis pecah tanah dan pertukaran perjanjian sewaan tanah dengan kerajaan negeri Kedah di Kulim Hi-Tech Park.

Panasonic memilih Malaysia dan khasnya Kedah sebagai pengkalan baru kerana sokongan dan kerjasama pelaburan kerajaan Malaysia serta infrastruktur yang baik dan kualiti tenaga kerja yang cemerlang

Sementara itu, produk yang akan dihasilkan adalah production of HIT solar modules (pengeluaran bersepadu bagi wafer, sel-sel dan modul).

Keluasan bangunan tersebut adalah seluas 70 ribu meter persegi dengan bilangan pekerja yang akan berkhidmat syarikat tersebut nanti adalah 1500 orang.

Pihak syarikat berhasrat untuk memulakan operasinya menjelang Disember 2012 dan ianya akan menghasilkan Panasonic HIT (Hiterojunction dengan lapisan nipis pada dasarnya).

Modul solar ini menawarkan kecekapan penukaran teratas tahap dunia dan cirri-ciri cemerlang bagi pergantungan suhu yang dapat memastikan lebih berkuasa walaupun semasa musim panas dan pada suhu tinggi.

Pengkalan baru ini akan melaksanakan penghasilan pengeluaran tahunan sebanyak 300W.

Hadir dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Kulim Technology Park Corp Bhd, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah dan YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul mewakili Menteri Besar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: