Archive for April, 2012

Peta Lokasi BERSIH 3.0

Advertisements

Demonstrasi 70 Lokasi Seluruh Dunia, Bersih 3.0 Bakal Pecah Rekod Dunia

Perhimpunan Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah berikutan ia dianjur serentak di 70 lokasi seluruh dunia, kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau berkata, perhimpunan itu sekali gus bakal memecahkan rekod dunia kerana belum ada penganjur berjaya mengadakan demonstrasi di 70 lokasi di 52 negara secara serentak, setakat ini.

“Saya jangka ia perhimpunan terbesar apabila ia diadakan serentak seluruh dunia. Suara rakyat akan bergema di seluruh dunia untuk menyatakan bantahan mengenai kepincangan sistem pilihan raya di Malaysia,” katanya.

“Dalam Bersih 2.0, perhimpunan peringkat global meliputi kira-kira 30 lokasi sahaja.

Kali ini saya yakin dapat mengumpul 500,000 orang di 70 lokasi yang menyertai perhimpunan Duduk Bantah di seluruh dunia,” katanya kepada Keadilan Daily.

Di Malaysia, katanya, perhimpunan diadakan di lapan bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Di luar negara, rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan itu di 70 lokasi, antaranya Singapura, Hong Kong, Jepun (Osaka, Tokyo), Austria (Graz), Australia (Brisbane, Canberra,Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide, Hobart).

Selain itu, Amerika Syarikat ( Houston,Atlanta, Pittsburgh, Minneapolis, San Francisco, New York City, Washington DC, Los Angeles, Boston, Chicago, Portland, Columbus, Wichita Kansas, Ames, Iowa), Kanada ( Toronto, Montreal),
New Zealand (Auckland,Wellington, Motueka).

Ia turut diadakan di Taiwan (Taipei, Tainan), United Kingdom (London, Edinburgh, Scotland, Newcastle), Ireland Dublin, Sligo), Switzerland ( Zurich, Geneva), Sweden (Uppsala, Mälmo), Jerman (Koeln/Bonn, Berlin), China (Shanghai, Beijing).

Selain itu, Perancis (Paris), Thailand (Bangkok), Korea (Seoul, Busan), Finland (Helsinki), Rusia (Moscow), Jordan (Amman, Mafraq, Irbid, Mu’tah), Bangladesh (Dhaka), Netherlands (The Hague), Indonesia (Bali) dan Afrika Selatan (Cape Town). -KD

 

Tuan Guru Musyidul Am PAS : Hadir BERSIH 3.0 Adalah Wajib!!


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hadir ke perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.

“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Bharu.

Setiausaha akhbar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, pemimpin nombor satu dalam parti Islam itu akan turun bersama dalam perhimpunan pada Sabtu ini.

Malah, kata Nasaie Ismail, PAS juga telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli untuk turun beramai-ramai ke himpunan tersebut.

Mengulas soal pengundi hantu, yang termasuk dalam tuntutan BERSIH, Nik Aziz berkata ia jelas perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

“Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.

“Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,” beliau dipetik sebagai berkata.

Kemenangan ‘haram’

Justeru, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai menjayakan BERSIH 3.0 untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya ‘haram’ di sisi Islam.

“Malah segala elaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakil rakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

“Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,” ujarnya lagi.

Sertai BERSIH 3.0 Bersama DPP Kuala Kedah!!

DPP Kawasan Kuala Kedah menawarkan kepada sesiapa yang ingin menyertai BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 (Sabtu) akan datang, bolehlah bersama kami dengan hanya RM30 sahaja.

Hubungi pimpinan dan ahli jawatankuasa DPP Kawasan Kuala Kedah untuk mendaftar.

Sebar-sebarkan.

Semoga perjuangan Islam dan kebenaran kan tertegak di bumi Malaysia ini.

InsyaAllah. Ameen. Takbir!! Allahuakbar!!

Pertandingan Futsal Piala YB Dato’ Amirudin Hamzah DUN Anak Bukit

Sesi bergambar bersama pemenang selepas penyampaian hadiah.

Turut kelihatan ialah Ketua DPP Kuala Kedah dan YB Nasir, ADUN Kubang Rotan

Bertarikh 20 April 2012, bertempat di D’ Futsal Titi Gajah, telah berlangsungnya Pertandingan Futsal Piala YB Dato’ Amirudin Hamzah dengan meriahnya. Golongan anak muda dan belia memberikan sambutan yang cukup menggalakkan.

Sejumlah 42 pasukan telah menyertai Pertandingan Futsal Piala YB Dato’ Amirudin Hamzah yang telah bermula dari awal pagi dan berakhir pada jam 7.15 petang hari tersebut di gelanggang D’ Futsal Titi Gajah.

Pertandingan futsal ini merupakan anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah dengan kerjasama ADUN kawasan parlimen Kuala Kedah.

Penyampaian piala, hamper dan hadiah iringan disampaikan oleh YB Nasir Mustafa dan juga Ketua DPP Kuala Kedah, Saudara Azizi Abdullah.

Insyallah nantikan pula pertandingan futsal seumpama ini di kawasan Kuala Kedah termasuklah pertandingan futsal di peringkat DUN Kubang Rotan selepas ini.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Saudara Azizi Abdullah, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah.

DPP Kuala Kedah Menyambut Baik Debat Pemuda UMNO Kuala Kedah!!

Pada 13 Apil 2012 yang lalu, pada jam 6.18 petang, Ketua DPP Kawasan Kuala Kedah telah menerima panggilan dari wartawan Sinar Harian, memaklumkan Pemuda UMNO Kuala Kedah mempelawa DPP Kuala Kedah untuk berdebat, akan tetapi bukan berdebat isu berbangkit namun mereka memilih isu-isu lain, contohnya isu PTPTN.

Apa yang memalukan, Pemuda UMNO Kuala Kedah yang mempelawa pihak DPP Kuala Kedah untuk berdebat, namun mereka pula dikatakan yang sedang menunggu surat jemputan rasmi dari DPP Kuala Kedah, sedangkan tiada surat jemputan rasmi dari pihak mereka untuk dibalas jawapan atau untuk diberi kata putus.

Apa pun, inilah semangat Pemuda!! Kata bersahut DEBAT disambut!! Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah menerima pelawaan DEBAT Pemuda Umno Kuala Kedah berhubung ISU PTPTN. Ini respons segera dari Ketua DPP Kawasan Kuala Kedah terhadap pelawaan debat tersebut.

Sekitar Lawatan Kerja Ketua DPP Ke Selangor dan Parlimen Bersama Rombongan Kerajaan Negeri Kedah