Archive for the ‘Berita Setempat’ Category

Kawasan Kuala Kedah : Rakyat Dibela Amanah Dijaga

 

Advertisements

Maklum Balas Terhadap Calon Barisan Nasional Kuala Kedah


1. Pakatan Rakyat (PR) Kuala Kedah mengalukan-alukan penyertaan calon-calon BN bagi kerusi Kuala Kedah, Anak Bukit, Kubang Rotan dan Pengkalan Kundur bagi menyemarakkan lagi proses demokrasi dalam PRU 13 yang akan datang.

2. PR Kuala Kedah melihat calon-calon yang dikemukakan oleh BN bagi kerusi Kuala Kedah dan DUN-DUN bukan terdiri dari kalangan aktivis yang merakyat dan hidup bersama denyut nadi rakyat, bahkan mereka terdiri dari kalangan elit politik yang diyakini tidak memahami isu dan kehendak rakyat terbanyak. Sementara, calon aktivis yang sering dilihat bersama rakyat telah diketepikan oleh pihak BN.

3. PR akan mengemukakan calon-calon yang telah “bergulat” bersama rakyat sekian lama melalui penglibatan mereka dalam masyarakat serta terbukti dikenali dan dekat dengan hati rakyat terbanyak.

4. PR menyeru para pengundi Kuala Kedah tidak mempersiakan peluang yang ada dalam PRU kali ini dengan membuat pilihan yang tepat dan benar demi kesejahteraan dan kedamaian negara kita yang kita cintai ini.

Kenyataan Rasmi PUSAT PENERANGAN DAN MEDIA PRU 13
PAKATAN RAKYAT KUALA KEDAH

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Kedah 2012

Sebahagian saf kepimpinan PAS Kawasan Kuala Kedah ketika majlis perasmian berlangsung

Sekitar Lawatan Kerja Ketua DPP Ke Selangor dan Parlimen Bersama Rombongan Kerajaan Negeri Kedah

Pantau Program Jabatan Agama Elak Unsur-Unsur Berbaur Politik

Bukti Program UMNO Guna Sekolah di Kuala Kedah

Pihak kita kesal dan kecewa kerana program parti kerajaan pusat (UMNO parti komponen BN), dibenarkan mengadakan program di sekolah yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan  juga saranan kerajaan yang menegaskan tidak boleh sama sekali unsur-unsur politik berada di sekolah.

Namun sebaliknya yang berlaku. Seperti lagak seorang ‘pemerintah’ di negeri Kedah, BN terutama UMNO boleh sewenang-wenangnya menggunakan institusi sekolah untuk tujuan politik, manakala PAS (baca pembangkang) tidak dibenarkan sama sekali apatah lagi jika mahu berprogram di sekolah.

Ini salah satu bukti, betapa UMNO boleh sahaja menjalankan program mereka di sekolah. Contoh di bawah, adalah gambar sebuah banner program UMNO Kuala Kedah baru-baru ini di Sekolah Menengah Tunku Aziz, Simpang Empat Kangkong yang berada dalam kawasan Kuala Kedah. Nilailah sendiri.

 

Terkini Susulan Memo Bantahan Kes Perjumpaan Melibatkan Ketua UMNO Kuala Kedah

Alhamdulillah, hasil tindakan pantas DPP Kawasan Kuala Kedah bersama Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Kedah, pada jam 4.06 minit petang Isnin pada 9 April 2012, Syeikh Alauddin Dato’ Abu Bakar telah menghubungi Saudara Azizi Abdullah, Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah memaklumkan pembatalan jemputan kepada Dato’ Latt Shariman, Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah untuk program perjumpaan dengan pegawai-pegawai masjid daerah Kota Setar dan Pokok Sena pada 15 hb April (Ahad) ini.

Sebelum ini dilaporkan, pihak DPP dan PAS Kawasan Kuala Kedah meragui perjumpaan tersebut (di sini) kerana kapasiti Dato’ Latt Shariman dipertikaikan untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai masjid yang bukan berada di bawah bidang kuasanya. Malah Dato’ Latt dan Pegawai Agama Daerah Kota Setar jelas membelakangkan Exco Kerajaan Negeri Kedah berkaitan, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul yang sepatutnya mengetahui secara terperinci mengenai hal ini, seterusnya turut dijemput bersama ke perjumpaan tersebut.

DPP Kawasan Kuala Kedah yang diketuai oleh Azizi Abdullah serta Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar bersama beberapa wakil masjid di Kuala Kedah dan penduduk, telah menghantar memorandum bantahan ke pejabat Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, sebelum turut menghantar memo yang sama kepada Exco Agama, YB Dato’ Taulan di Wisma Darul Aman.

Sejurus selepas itu, maklumat terkini, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Alaudin memberitahu perjumpaan itu dibatalkan kerana bantahan yang telah dilakukan tersebut. Walaupun dilaporkan beliau berkata ianya hanya perjumpaan mesra antara wakil Perdana Menteri dengan pegawai agama, apakah signifikannya seorang Pegawai Tadbir Agama meluluskan pertemuan Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah dengan imam/pegawai masjid daerah Kota Setar dan Pokok Sena? Kenapa hanya melibatkan pegawai masjid daerah Kota Setar dan Pokok Sena sahaja malah ianya dikatakan hanya perjumpaan mesra??

Ucapan terima kasih dan tahniah kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah dan PAS Kawasan Kuala Kedah yang telah bertindak segera menghantar memorandum bantahan kepada pihak-pihak bertanggungjawab untuk mematahkan penyalahgunaan kuasa di peringkat pejabat agama dan pihak UMNO di negeri Kedah ini.

Tahniah juga kepada DPP Kawasan Kuala Kedah yang telah menyiapkan draf memorandum untuk dihantar kepada AJK PEMANDU PAS PUSAT dan akan diserahkan secara tangan di Kota Bharu selepas ini. Kita doakan semuanya berjalan lancar dan mendapat keberkatan dari Allah. InsyaAllah.

Keratan akhbar berkaitan kes perjumpaan mesra melibatkan Pegawai Khas

Perdana Menteri dan Pegawai Tadbir Agama Kota Setar

Pertemuan dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) Dato’ Noh Dahaya

berkaitan isu surat yang dikeluarkan oleh PTA Kota Setar untuk majlis perjumpaan

Ketua Umno Kuala Kedah dengan pegawai-pegawai masjid daerah Kota Setar

Penyerahan memo bantahan atas “kelalaian” Pegawai Tadbir Agama Kota Setar,

Syeikh Alauddin yang menjadi orang tengah untuk perjumpaan Ketua Bahagian

Umno Kuala Kedah dengan pegawai masjid Daerah Kota Setar dan Pokok Sena

Lapor salahguna kuasa Pegawai Agama Daerah Kota Setar kepada SPRM, kelihatan Ketua

Penerangan PAS Kuala Kedah, Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, S/U Masjid

Kubang Rotan, S/U Masjid Teluk Kechai dan S/U Masjid Gunung Sali

Ketua DPP PAS Kuala Kedah membuat kenyataan berkaitan memo bantahan

terhadap tindakan Syeikh Alauddin yang membenarkan perjumpaan Ketua UMNO

Kuala Kedah dengan pegawai-pegawai masjid Kota Setar/Pokok Sena

Berikut adalah rakaman kenyataan dari Ketua DPP selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada JAIK pada 9 April 2012 yang lalu :