Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

Memorandum Kepada Mufti Kedah Terhadap Kenyataan ‘Nik Aziz father of kafir’ Dalam Akhbar NST

Ust Ridzuan Abu Bakar Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Kedah & Azizi Abdullah Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah menyerahkan memorandum kepada Mufti Kedah, berkaitan isu bekas Ketua Polis Negara yang mengeluarkan kenyataan ‘Nik Aziz father of kafir’ yang telah disiarkan di dalam akhbar NST.

 

Advertisements

Peta Lokasi BERSIH 3.0

Demonstrasi 70 Lokasi Seluruh Dunia, Bersih 3.0 Bakal Pecah Rekod Dunia

Perhimpunan Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah berikutan ia dianjur serentak di 70 lokasi seluruh dunia, kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau berkata, perhimpunan itu sekali gus bakal memecahkan rekod dunia kerana belum ada penganjur berjaya mengadakan demonstrasi di 70 lokasi di 52 negara secara serentak, setakat ini.

“Saya jangka ia perhimpunan terbesar apabila ia diadakan serentak seluruh dunia. Suara rakyat akan bergema di seluruh dunia untuk menyatakan bantahan mengenai kepincangan sistem pilihan raya di Malaysia,” katanya.

“Dalam Bersih 2.0, perhimpunan peringkat global meliputi kira-kira 30 lokasi sahaja.

Kali ini saya yakin dapat mengumpul 500,000 orang di 70 lokasi yang menyertai perhimpunan Duduk Bantah di seluruh dunia,” katanya kepada Keadilan Daily.

Di Malaysia, katanya, perhimpunan diadakan di lapan bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Di luar negara, rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan itu di 70 lokasi, antaranya Singapura, Hong Kong, Jepun (Osaka, Tokyo), Austria (Graz), Australia (Brisbane, Canberra,Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide, Hobart).

Selain itu, Amerika Syarikat ( Houston,Atlanta, Pittsburgh, Minneapolis, San Francisco, New York City, Washington DC, Los Angeles, Boston, Chicago, Portland, Columbus, Wichita Kansas, Ames, Iowa), Kanada ( Toronto, Montreal),
New Zealand (Auckland,Wellington, Motueka).

Ia turut diadakan di Taiwan (Taipei, Tainan), United Kingdom (London, Edinburgh, Scotland, Newcastle), Ireland Dublin, Sligo), Switzerland ( Zurich, Geneva), Sweden (Uppsala, Mälmo), Jerman (Koeln/Bonn, Berlin), China (Shanghai, Beijing).

Selain itu, Perancis (Paris), Thailand (Bangkok), Korea (Seoul, Busan), Finland (Helsinki), Rusia (Moscow), Jordan (Amman, Mafraq, Irbid, Mu’tah), Bangladesh (Dhaka), Netherlands (The Hague), Indonesia (Bali) dan Afrika Selatan (Cape Town). -KD

 

DPP Kuala Kedah Menyambut Baik Debat Pemuda UMNO Kuala Kedah!!

Pada 13 Apil 2012 yang lalu, pada jam 6.18 petang, Ketua DPP Kawasan Kuala Kedah telah menerima panggilan dari wartawan Sinar Harian, memaklumkan Pemuda UMNO Kuala Kedah mempelawa DPP Kuala Kedah untuk berdebat, akan tetapi bukan berdebat isu berbangkit namun mereka memilih isu-isu lain, contohnya isu PTPTN.

Apa yang memalukan, Pemuda UMNO Kuala Kedah yang mempelawa pihak DPP Kuala Kedah untuk berdebat, namun mereka pula dikatakan yang sedang menunggu surat jemputan rasmi dari DPP Kuala Kedah, sedangkan tiada surat jemputan rasmi dari pihak mereka untuk dibalas jawapan atau untuk diberi kata putus.

Apa pun, inilah semangat Pemuda!! Kata bersahut DEBAT disambut!! Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah menerima pelawaan DEBAT Pemuda Umno Kuala Kedah berhubung ISU PTPTN. Ini respons segera dari Ketua DPP Kawasan Kuala Kedah terhadap pelawaan debat tersebut.

Ketua DPP Bersama Ketua Penerangan Serah Memorandum Kepada Exco Negeri

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah, Saudara Azizi Abdullah (kiri) bersama Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar (kanan) menyerahkan kepada YB Dato’ Taulan Rasul selaku Exco Agama Kerajaan Negeri Kedah, memorandum bagi membantah penglibatan Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah, yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas YAB Perdana Menteri, memanggil semua pegawai masjid Daerah Kota Setar dan Pokok Sena menghadiri perjumpaan pada 15 April ini.

Apa yang menggusarkan kita, Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri hanyalah penjawat awam yang bukan bidang kuasanya mencampuri urusan pentadbiran majlis agama negeri malah mengarahkan perjumpaan sedemikian yang dilihat seakan-akan mempunyai agenda yang tersendiri.

Lebih mencurigakan, apabila wakil pihak PAS Kawasan Kuala Kedah ingin bertemu Pegawai Agama Daerah Kota Setar untuk meminta penjelasan beliau berhubung isu ini sekaligus menyerahkan memorandum ini, beliau tiada di pejabatnya.

Sudah kedengaran wujud pihak tertentu menyalahgunakan institusi masjid ketika khutbah dan sebagainya, untuk ‘berkempen’ bagi pihak kerajaan Pusat. Lihat sahaja surat di bawah. Surat tersebut menggunakan tagline ‘Kedah Sejahtera’, yang mana tagline tu adalah tagline kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah namun ianya disalahguna untuk kepentingan kerajaan Pusat.

Jadi, persoalan yang timbul ialah kenapa pegawai-pegawai masjid yang berada dalam Daerah Kota Setar/Pokok Sena sahaja yang dipanggil untuk perjumpaan tersebut?? Adakah untuk memastikan calon UMNO yang berada dalam ‘team’ Najib, dan calon yang direstui PM Najib, iaitu Dato’ Latt bertanding di Kuala Kedah?? Wujudkah konspirasi terancang antara Pegawai Tugas-Tugas Khas PM dengan Pegawai Agama Daerah Kota Setar demi survival politik pihak tertentu setelah terdedahnya isu ini??

Kita sedia maklum, Dato’ Latt Shariman sudah berusaha untuk menampakkan dirinya sebagai calon boleh menang UMNO di kawasan Kuala Kedah akhir-akhir ini, apatah lagi dengan kelebihan jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas YAB Perdana Menteri yang disandangnya kini, banyak digunakan beliau sebagai batu loncatan menjadi calon pilihan Barisan Nasional di Kuala Kedah, berbanding calon-calon UMNO Kuala Kedah yang lain.

 

bukti surat yang dikeluarkan Pegawai Agama Daerah Kota Setar baru-baru ini


Kita nantikan tindakan susulan selepas ini..

PAS Kerah Ratusan Ribu Sertai BERSIH 3.0

PAS hari ini mengerahkan ratusan ribu ahli dan penyokongnya supaya turun untuk menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 yang bertemakan “duduk bantah” pada 28 April ini di Dataran Merdeka.

Kerahan itu disuarakan timbalan presidennya Mohamad Sabu yang turut mendesak kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) supaya melihat dakwaan penyelewengan dalam daftar pemilih dan pendaftaran pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

bersih announcing 3rd rally 040412 leafletBeliau juga mempertahankan kenyataan MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa terdapat ramai pegawai tertinggi kerajaan, termasuk dalam SPR yang didakwa memberikan kad pengenalan kepada warga asing supaya golongan itu dapat menjadi pengundi.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Mohamad berkata perkara itu akan menjejaskan kedaulatan, ekonomi dan hubungan negara jika tidak disiasat.

“Ia adalah satu perkara yang paling kotor yang pernah kami lihat. Hanya satu cadangan jawatankuasa khas parlimen (PSC) telah diterima pakai, iaitu penggunaan dakwat kekal.

“Kami mempunyai bukti di mana pihak berkuasa memberi kad pengenalan kepada warga negara asing supaya mereka dapat mengundi sepertimana yang didakwa oleh ahli parlimen Pokok Sena. Sebab itu kami menuntut supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat perkara ini,” katanya

Mohamad yang popular dengan nama ‘Mat Sabu’ itu juga berkata beliau tidak menetapkan tempoh masa bagi menubuhkan suruhanjaya itu kerana pilihan raya boleh diadakan sehingga Mac tahun depan.

Mohamad berkata pihaknya akan mendedahkan perkara tersebut dari masa ke semasa.

 

 

Tuntutan Saman Terhadap RTM Berkaitan Fitnah Isu Jalan di Kawasan Kuala Kedah

YB Mohd Nasir Mustafa, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah yang juga ADUN Kubang Rotan telah memfailkan saman terhadap penerbit rancangan “Titik Sentuhan Terus Bertindak” yang telah disiarkan melalui RTM1, mengenai isu jalan yang merupakan suatu fitnah kepada beliau dan Pakatan Rakyat di kawasan Parlimen Kuala Kedah. Fail saman telah dilakukan oleh peguam Aminudin di Mahkamah Alor Setar. Sebutan kes akan dibuat pada 24 April 2012 ini.

 

Berikut adalah sidang media selepas berakhirnya proses pemfailan tuntutan saman tersebut :