Archive for the ‘Pemuda’ Category

Pertandingan Futsal Piala YB Dato’ Amirudin Hamzah DUN Anak Bukit

Sesi bergambar bersama pemenang selepas penyampaian hadiah.

Turut kelihatan ialah Ketua DPP Kuala Kedah dan YB Nasir, ADUN Kubang Rotan

Bertarikh 20 April 2012, bertempat di D’ Futsal Titi Gajah, telah berlangsungnya Pertandingan Futsal Piala YB Dato’ Amirudin Hamzah dengan meriahnya. Golongan anak muda dan belia memberikan sambutan yang cukup menggalakkan.

Sejumlah 42 pasukan telah menyertai Pertandingan Futsal Piala YB Dato’ Amirudin Hamzah yang telah bermula dari awal pagi dan berakhir pada jam 7.15 petang hari tersebut di gelanggang D’ Futsal Titi Gajah.

Pertandingan futsal ini merupakan anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah dengan kerjasama ADUN kawasan parlimen Kuala Kedah.

Penyampaian piala, hamper dan hadiah iringan disampaikan oleh YB Nasir Mustafa dan juga Ketua DPP Kuala Kedah, Saudara Azizi Abdullah.

Insyallah nantikan pula pertandingan futsal seumpama ini di kawasan Kuala Kedah termasuklah pertandingan futsal di peringkat DUN Kubang Rotan selepas ini.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Saudara Azizi Abdullah, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah.

DPP Kuala Kedah Menyambut Baik Debat Pemuda UMNO Kuala Kedah!!

Pada 13 Apil 2012 yang lalu, pada jam 6.18 petang, Ketua DPP Kawasan Kuala Kedah telah menerima panggilan dari wartawan Sinar Harian, memaklumkan Pemuda UMNO Kuala Kedah mempelawa DPP Kuala Kedah untuk berdebat, akan tetapi bukan berdebat isu berbangkit namun mereka memilih isu-isu lain, contohnya isu PTPTN.

Apa yang memalukan, Pemuda UMNO Kuala Kedah yang mempelawa pihak DPP Kuala Kedah untuk berdebat, namun mereka pula dikatakan yang sedang menunggu surat jemputan rasmi dari DPP Kuala Kedah, sedangkan tiada surat jemputan rasmi dari pihak mereka untuk dibalas jawapan atau untuk diberi kata putus.

Apa pun, inilah semangat Pemuda!! Kata bersahut DEBAT disambut!! Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah menerima pelawaan DEBAT Pemuda Umno Kuala Kedah berhubung ISU PTPTN. Ini respons segera dari Ketua DPP Kawasan Kuala Kedah terhadap pelawaan debat tersebut.

Sekitar Lawatan Kerja Ketua DPP Ke Selangor dan Parlimen Bersama Rombongan Kerajaan Negeri Kedah

Keputusan SPM : Jutaan Tahniah Kepada Anak-Anak Kuala Kedah Yang Berjaya!!

Salam. Kami dari saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Kuala Kedah mengucapkan jutaan tahniah kepada adik-adik yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM terutama kepada pelajar-pelajar tingkatan lima yang telah mengikuti Seminar Teknik Menjawab Soalan SPM bersama DPP Kawasan Kuala Kedah pada 15 Oktober 2011 yang lepas. (di sini)

Tidak dilupakan juga, ucapan tahniah dari kami DPP Kawasan, buat aktivis PAS Kawasan Kuala Kedah, Saudara Fuad Lazim atas kejayaan anaknya mendapat 7A dalam peperiksaan SPM kali ini. (di sini)

Semoga kejayaan yang diberikan Allah ini, disertai rasa penuh kesyukuran dan jiwa kehambaan, untuk kita semua terus memberikan sumbangan buat jamaah Islam yang kita cintai.. Barakallahufiikum..

Sekitar Program Bersama Saudara Bob Lokman di Kuala Kedah

Sebahagian peserta-peserta konvoi anak muda

Kuala Kedah bersama Saudara Bob Lokman

Turut kelihatan Ketua Penerangan Kuala Kedah, Ust Ridzwan manakala Ketua Pemuda,

Azizi Abdullah (di belakang sana) terus memobilasi angkatan anak muda

Trafik Kuala Kedah dan urusetia yang mengawal lalu lintas konvoi

Setibanya konvoi bersama Bob Lokman di tapak pasar malam Kuala Kedah

Bob Lokman diiringi Ketua Pemuda menyapa dan

beramah mesra dengan penduduk Kuala Kedah

Ada yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Bob Lokman

Kelihatan sebahagian yang menghadiri Ceramah Perdana di Dewan Al-Amin,

Teluk Bagan bersama Saudara Bob Lokman,YB Ust Izzat dan Hj Aris Awang

Selamat Berijtima’ Kepada Semua Pejuang Pas Kedah

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah ingin mengucapkan selamat berijtima’ kepada seluruh pimpinan dan ahli Pemuda Pas Malaysia dari setiap kawasan, terutamanya Pemuda-Pemuda PAS Kedah, yang akan menghadiri Ijtima’ Tarbawi Pemuda Pas Peringkat Kebangsaan 2011. Ijtima’ ini akan berlangsung di Kolej Universiti Zulkifli Muhamad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak dari 28-30 Oktober 2011.

Dengan tema, “Perkasakan Amal Tarbawi, Menangi Pilihanraya” cukup jelas target yang diletakkan oleh pimpinan jamaah. Semoga ijtima’ tahun ini dapat melahirkan pemuda-pemudi PAS yang lebih kuat tarbiyahnya, istiqomah dan thabat dalam perjuangan, dalam fasa kita akan menghadapi PRU ke-13 akan datang, untuk memenangkan Islam!!
SELAMAT BERIJTIMA’ BUAT SELURUH ANAK MUDA PAS KEDAH!!

Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011


TENTATIF IJTIMA’ TARBAWI

DEWAN PEMUDA PAS KEBANGSAAN 2011

(KUIZM, TAMAN MELEWAR)

*Tertakluk kepada perubahan
HARI PERTAMA : 28 OKTOBER 2011
________________________

3.00 – 4.00 pm : Pendaftaran peserta
4.20 – 5.00 pm : Solat Asar dan Al Mathurat
5.15 – 5.45 pm : Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah
5.50 – 6.30 pm : Urus dan Hemat diri
6.35 – 7.10 pm : Tafakkur dan Munajat
7.15 – 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7.35 – 8.30 pm : Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib:

Oleh: Al Fadhil Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din : Timbalan Mursyidul Aam PAS

8.40 – 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah
9.00 – 9.30 pm : Makan Malam

9.40 – 11.40 pm : Majlis Perasmian

Oleh:

YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Aam PAS)
YB Salahudin bin Ayub (Naib Presiden PAS)
Ustaz Nasrudin Hassan (Ketua Pemuda PAS)
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Timb. Ketua Pemuda PAS)

12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur

 

HARI KEDUA 29 OKTOBER 2011
____________________________

4.30 – 5.10 am : Qiamullail dan munajat
5.30 – 6.00 am : Solat Subuh berjamaah dan Al Mathurat
6.10 – 6.50 am : Kuliah Subuh:

Oleh: Ustaz Idris Bin Ahmad (Pengarah Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat)

7.00 – 8.00 am : Khidmat Diri dan Sarapan Pagi
8.30 – 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1 :

Oleh : Dr. Mahdi Akif mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimeen

9.30 – 10.20 am : Rehat

10.30 – 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahalluf Siyasi

Pembentang : Ustaz Nik Zawawi Salleh (Setiausaha Majlis Syura)
Pengulas : Dato’ Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS)
Pengerusi : Ust Syed Abdul Kader

12.00 – 12.50 pm : Makan Tengahari
1.00 – 1.20 pm : Solat Zuhur berjamaah.

2.00 – 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Lanskap Politik Semasa

Ahli Panel :
Dr. Ahmad Zuhdi Marzuki : Pengarah Strategi DPP Malaysia
Dr. Abu Hassan
Ustaz Abu Bakar Chik
Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban

4.30 – 5.10 pm : Solat Asar berjamaah dan Al Mathurat

5.15 – 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah

6.15 – 7.10 pm : Rehat dan Makan Malam

7.15 – 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah

7.35 – 8.35 pm : Kuliah Maghrib:

Oleh : Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS)

8.40 – 9.00 : Solat Isyak berjamaah

9.30 – 11.30 pm : Ceramah Pentas Pemuda

Penceramah:

Dr. Kamal Al Helbawi
Tuan Haji Mohamad bin Sabu – Timbalan Presiden PAS
YB Dato’ Mahfuz Omar – Naib Presiden PAS
YB Ustazah Siti Zailah – Ketua Muslimat PAS Malaysia
Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM)
Ustaz Riduan Mohamad Nor (Ketua Penerangan DPPM) – Pengerusi

12.00am : Program ditangguhkan

 

HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011
_____________________________

4.30 – 5.40 am : Qiamullail dan munajat

5.50 – 6.30 am : Solat Subuh berjamaah dan al Mathurat

6.35 – 7.20 am : Kuliah Subuh:
Oleh : YB Ustaz Nasharudin Mat Isa – Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat

7.30 – 8.30 am : Khidmat Diri dan Sarapan pagi

9.00 – 10.00 am : Pembentangan Kertas Kerja 2: PAS dan Ijtihad Politik

Pembentang : Ustaz Dr. Khairudin at Takiri
Pengerusi: Dr. Raja Iskandar – Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia

10. 05 – 11.00 am : Rehat

11.05 am – 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1
oleh YB. Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

12.40 – 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah

1.40 – 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2
oleh YB. Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

3.40 – 4.40 pm : Perasmian Penutup:
oleh Ustaz Nasrudin Tantawi , Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz & Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss.

4.45 pm . Solat Asar berjamaah, Al Mathurat , Doa Wehdah dan Bersurai

 

Jom kita pakat-pakat pi.. Ayuh pemuda-pemuda!! Mudah-mudahan dapat menambah ilmu pengetahuan serta memperbaiki diri untuk menjadi jundullah yang berjiwa tarbiyyah seterusnya mencapai cita-cita menegakkan daulah Islamiyyah di bumi Malaysia.. insyaALLAH..