Archive for the ‘Program & Aktiviti’ Category

Sambutan 5 Tahun PR Kuala Kedah

sambutan 8mac2013

Himpunan PR Kuala Kedah!! Jom!!

himpunan PR k.kedah

Tentatif Himpunan Hijau Ke Putrajaya 1 Jun 2012

 

TENTATIF PROGRAM :

MAJLIS 1– AMANAT KHAS PIMPINAN (TERTUTUP)

Tempat : Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Alor Setar.

08.00 Pagi : Pendaftaran Peserta
09.00 Pagi : Ketibaan Pimpinan Ahli Majlis Syura dan AJK PAS Pusat
09.15 Pagi : Perbarisan Unit Amal dan Tabik Hormat
09.30 Pagi : Majlis Amanat Pimpinan Bermula
Pengerusi Tetap mempengerusikan Majlis
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PAS
Bacaan Al-Quran dan Doa
10.00 Pagi : Ucapan Aluan Setiausaha Agung
10.15 Pagi : Ucapan YBhg Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS
Ucapan YB. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Ucapan YBhg. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ucapan YB. Dato’ Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
11.00 Pagi : Ucapan Amanat Presiden
12.30 Tghari : Majlis Tamat dan Makan Tengahari

MAJLIS 2 – XPRESI HIJAU ANAK MUDA KE PUTRAJAYA

Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar.

04.30 Ptg : Kuliah Asar oleh: USTAZ AZHAR IDRUS

Sketsa : Belantan Pusaka Durjana (Bob Lokman and The Team)

Pidato : [Pengerusi : Dr Raja Ahmad Iskandar]
Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh
Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi
YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

MAJLIS 3 – MUNAJAT KE PUTRAJAYA

Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar.

07.00 Mlm : Solat Maghrib Berjama’ah
Solat Hajat & Munajat

Solat Isya’ Berjamaah

MAJLIS 4 – HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA

Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar.

09.00 Mlm : Dipengerusikan Oleh : YB. Dato’ Pengarah Program
Ucapan Aluan YB. Dato’ Seri Diraja Pesuruhjaya PAS Kedah

Perisytiharan ‘Khas’
Ucapan Tokoh-tokoh Masyarakat yang menyertai PAS
Ucapan YBhg. Timbalan Presiden PAS
______________________________________________
Perisytiharan Derma Jihad
Pembacaan Puisi Khas oleh Pak Samad Said
Ikrar / Bai’ah Perjuangan – Diketuai oleh Dato’ Setiausaha Agung
______________________________________________
Ucapan & Amanat YB. Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS
Ucapan, Amanat & Doa YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia
Al-Mursyidul Am PAS

 

Ijtima’ Pilihanraya dan Munajat Perdana

Program-Program Penerangan Oleh PAS Kawasan Kuala Kedah Hari Ini! Sebar-Sebarkan!!

Berikut adalah program-program penerangan yang telah diatur PAS Kawasan Kuala Kedah pada hari ini :

1. Hi-Tea bersama Fareedah Samad, Ketua Ameerah Muslimat PAS Pusat, di Taman Seri Gunung, Sungai Baru, Jam 5.00 petang.

2. Ceramah Isu Semasa bersama YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, YB Mohd Nasir Mustafa dan Fareedah Samad (Ketua Ameerah) di Markaz PAS Kg. Masjid Lama, Pekan Kuala Kedah, jam 9.00 malam.

3. Ceramah Isu Semasa bersama YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, YB Ir. Hj. Phahrolrazi Zawawi dan Fareedah Samad (Ketua Ameerah) di Tandop, Alor Setar, jam 9.00 malam.

 

Sebar-sebarkan.

 

Aris Awang.

Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah.

Xpresi Anak Muda, Munajat Perdana & Ijtima’ Pilihanraya PAS di Stadium Darul Aman

Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya.
Stadium Darul Aman Kedah
01 June 2012 [ Jumaat ]
Mula jam 4.00 pm – 7.00 pm

Wirid Al Mathurat dan Doa Wehdah
Solat Asar berjamaah
Soal jawab Agama dan Santai bersama :
Al Fadhil Ust Azhar Idrus.
Sketsa : Bob Lokman and The Team
Pidato : [Pengerusi : Dr Raja Ahmad Iskandar]
Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh
Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi
Alim Rabbani Yb. Datuk Seri Tuan
Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Semua lapisan anak muda dijemput hadir bagi menjayakan Xpresi Hijau Anak Muda. Jangan ketinggalan mengisi dan menyertai gerakan kebangkitan Anak Muda kali ini ke arah menggapai maunah [pertolongan] dan nusrah [kemenangan] yang dijanjikan oleh Allah swt.

فتح قريب و بشر المؤمنين

 

Kemudian sebelah malamnya akan diteruskan dengan Munajat Perdana yang akan dipimpin oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Himpunan Ijtima’ Pilihanraya PAS Pusat. Takbir!! Allahuakbar!!

Sepetang Anak Muda Bersama Che’Gu Bard!! Hebah-Hebahkan!!

Info DPP Kawasan Kuala Kedah : Antara Program Anak Muda di Kawasan Kuala Kedah (20 Mei, jam 5.00 petang)

Mari kita bersama-sama memeriahkan Majlis Minum Petang Anak Muda bersama Saudara Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’Gu Bard, yang dijadualkan bertempat di Dataran Pasar Kuala Kedah.

Che’Gu Bard merupakan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), merangkap Ketua Cabang PKR Rembau, yang komited dalam meletakkan Anak Muda sebagai penerus perjuangan reformasi dalam negara. Beliau lantang mengkritik dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional yang jelas menzalimi rakyat.

Anak muda dan para pemuda, semuanya dijemput hadir untuk menegakkan kebenaran, melawan kebatilan!! Menangkan ISLAM dalam PRU ke-13 akan datang insyaAllah..