Archive for the ‘Ulasan Isu’ Category

Politik Kedah Dan Kontroversi Ustaz Azizan

Oleh Ahmad Lutfi Othman

BAHAGIAN PERTAMA

Berbanding nehttps://syababkualakedah.files.wordpress.com/2012/01/mbkedah5b15d.jpg?w=300geri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Kedah dilihat tidak begitu diserang media Umno-BN. Tentulah ia bukan disebabkan kerajaan negeri yang diterajui PAS itu akan diberi laluan mudah untuk melanjutkan tempoh penggal pertama pemerintahannya. Seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, BN tetap mengidam untuk menawan semula negeri Jelapang Padi.

Sewaktu Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor diserang bertubi-tubi dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dilanyak habis-habisan, khususnya oleh Utusan Malaysia dan TV3, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Kedah agak selesa menarik nafas lega. Namun ia tidak bermakna Umno membiarkan negeri yang pernah menyumbangkan dua perdana menteri itu terlepas begitu sahaja.

Ketika kerajaan negeri Perak ditumbangkan melalui pakatan jahat yang dirancang Najib Razak — tidak sampai setahun selepas memegang amanah rakyat — Kedah turut dilihat goyah. Usaha membeli wakil rakyat tertentu rancak dijalankan.

Pakatan Rakyat memiliki 22 kerusi, dengan PAS menguasai 16, BN (14), DAP (1) dan KeADILan lima wakil (termasuk seorang Adun Bebas yang kemudiannya menyertai parti itu).

Kiraan mudahnya, jika lima Adun Pakatan dapat “dibeli”, sepertimana berlaku kepada tiga Adun di Perak, kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan akan tumbang. Alhamdulillah, situasi genting itu berjaya dilalui dengan baik sekali.

Meskipun KeADILan terlepas dua Adunnya (dan dua ahli Parlimennya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas), hasrat BN untuk merebut Kedah dapat dipatahkan. Kini semua Adun KeADILan merupakan anggota Exco kerajaan negeri!

Sebenarnya asas kekuatan pengaruh PAS di Kedah — terutama selepas pilihan raya umum 1969 yang menyaksikan ramai tokoh utama Umno negeri itu kalah mengejutkan, seperti Dr Mahathir Mohamad dan Senu Abd Rahman — hampir seimbang dengan Umno. Meskipun ada ketikanya PAS hanya mempunyai seorang wakil dalam sidang Dun dan langsung tidak mempunyai ahli Parlimen dalam tempoh yang agak lama, namun secara puratanya sokongan pengundi Melayu tidak merosot.

Faktor kemenangan BN lebih ditentukan oleh sokongan pengundi Cina dan India, yang mewakili hampir 30 peratus penduduk Kedah. Semasa era reformasi, yang dizahirkan secara terbuka dalam pilihan raya umum November 1999, lonjakan pengundi Melayu menyokong PAS begitu terasa di Kedah. Hasilnya, Parti Islam itu menang 12 kerusi Dun dan lapan Parlimen; semuanya di kawasan majoriti Melayu. Hanya di Kubang Pasu dan Langkawi, pengundi Melayu masih dilihat terikat dengan Umno, mungkin disebabkan faktor Mahathir

Melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2002, sebagai persiapan Umno untuk mengalahkan PAS dalam PRU11, kaedah gerrymandering diguna pakai secara menjolok mata di Kedah. Formula mudahnya, tambahkan jumlah pengundi bukan Melayu di kawasan Parlimen yang dimenangi PAS. Pengundi Cina, India dan juga Siam dianggap penyelamat BN pada 1999, serta diandaikan akan terus menyokong parti berkenaan dalam pilihan raya berikutnya.

Kerusi Parlimen Pokok Sena (yang diwakili Mahfuz Omar), Baling (Ustaz Taib Azamuddin), Kuala Kedah (Mohamad Sabu) dan Yan (Ustaz Nasharuddin Mat Isa) menjadi tumpuan perancangan licik Umno, yang menguasai sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi Dun yang menawarkan jumlah pengundi bukan Melayu agak ramai dimasukkan dalam kawasan Parlimen terbabit, misalnya Gurun di Yan (bertukar nama kepada Jerai) dan Kuala Ketil di Baling.

Terbukti perancangan Umno-SPR itu mencapai target apabila pada 2004, keempat-empat kerusi Parlimen itu berjaya direbut kembali BN.

Bagaimanapun, tanpa perlu menunggu lama, pada 2008, strategi itu memakan diri. Kerusi Dun di sebelah selatan Kedah, yang agak ramai pengundi bukan Melayunya itu, diisytiharkan lebih awal, tumbang satu demi satu.

Mungkin menyedari hakikat kemenangan PAS dan Pakatan di Kedah “agak rapuh” atau beliau sendiri suka memilih pendekatan “low profile”, Ustaz Azizan mempunyai kaedah tersendiri dalam mengemudi bahtera kerajaan negeri. Beliau lebih gemar menjauhi pertembungan dan konflik terutama apabila berdepan kerajaan pusat.

Malah hubungan baiknya dengan bekas pemimpin tertinggi Umno, Dr Mahathir (termasuk memberi anugerah), mengundang pelbagai tafsiran, terutama di kalangan aktivis PAS. Di kala bekas Perdana Menteri itu tersisih dalam partinya sendiri, termasuk di negeri kelahirannya, Kedah, bagi pemerhati politik, Ustaz Azizan bijak memanfaatkan ruang dan peluang.

Susulan itu, agak sukar untuk media mendapatkan komentar Dr Mahathir yang agak negatif kepada pentadbiran Ustaz Azizan di Kedah. Bukan itu sahaja, Ustaz Azizan juga dikatakan tidak menjadikan zaman pemerintahan BN sebelum itu sebagai sasaran kritikannya. Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, kini Ketua Pembangkang di Dun, juga “terselamat” walaupun banyak isu boleh dikaitkan dengannya.

“Umno menunggu tindakan provokatif Ustaz Azizan sebaik menjadi menteri besar, tetapi impian itu tidak kesampaian,” kata seorang penganalisis politik semasa, yang dahulunya pernah aktif dalam Pemuda Umno.

“Dia pandai mengatur rentak dan membaca situasi di bawah. Umno gagal mengeksploitasi tindakan pembaharuan yang digerakkan kerajaan PAS di Kedah. Ternyata Ustaz Azizan cukup berhati-hati,” tambahnya, sambil menyifatkan kemungkinan ahli PAS sendiri yang tidak berpuas hati dengan Ustaz Azizan.

“Mengapa pula?” tanya saya.

“Yalah … kalau orang PAS mengharapkan pembaharuan Islamik di Kedah sama seperti perubahan awal di Kelantan dan Terengganu semasa PAS mula memerintah dahulu, tentu mereka akan kecewa. Ustaz Azizan mungkin popular di kalangan rakyat tetapi akan ditafsirkan daripada pelbagai perspektif oleh rakan-rakannya sendiri,” ujar rakan saya itu, yang juga seorang blogger.

“Percayalah cakap saya, Umno Kedah tidak akan berjumpa satu isu besar dan kontroversi, yang boleh menggugat dengan mudah kedudukan PAS di Kedah. Lihat saja, dulu dimainkan isu balak, kemudian hilang begitu saja. Sekarang, isu perobohan Madrasah Salihiah, di Kanchut … lagi mudah dipatahkan dan akhirnya akan menikam Umno balik,” tambahnya.

“Hang balik tengok sendirilah, Lutfi. Pelik juga bila Catatan Hujung jarang sentuh perkembangan di Kedah,” katanya.

Beliau, yang juga anak Kedah seperti saya, menjangkakan isu personaliti calon dan kualiti servis wakil rakyat akan menjadi penentu dalam PRU13

Saya akui, memang kolum saya tidak pernah menyinggung isu-isu Kedah dari dekat. Semasa malam kemenangan, 8 Mac 2008, saya turut meraikannya di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut. Bagaimanapun, saya hanya sempat sekali mengadakan wawancara khas dengan Ustaz Azizan, hampir empat tahun lalu, pada malam 17 Mei 2008, di rumahnya, di Jalan Sultanah, Alor Setar.

Dalam pertemuan itu, saya cuba menimbulkan beberapa persoalan yang berlegar dalam pemikiran ahli-ahli PAS termasuk berkaitan soal perubahan yang nampak begitu perlahan berjalan di Kedah.

Mengenali wataknya semasa menjadi Pengarah Urusan Harakah dahulu, saya jangkakan Ustaz Azizan akan bingkas menyanggah, tetapi dengan tenang, beliau memberi respons: “Saya lihat begini, ia berkaitan budaya orang Kedah. Budaya yang cukup terbuka, suka bergurau, suka berkawan. Malah ini juga yang berkembang dalam Dun, di antara wakil Umno dan PAS.

“Masa kita jadi pembangkang pun kita baik dengan Umno, Umno juga baik dengan kita. Sekarang kita jadi kerajaan pun kita baik dengan mereka. Saya tak suka kita buat sesuatu yang mengejutkan, biar rakyat menerima realiti ini sebagai satu proses demokrasi. Dalam Islam pun ada, misalnya saya baca buku tentang Fiqh Aulawiyat.

“Saya juga tekankan soal akhlak Islam. Kita tidak ada balas dendam dan akhirnya nescaya kita akan dapat simpati dan sokongan masyarakat. Umno yang lama berkuasa tentu sedih, tapi janganlah dalam kesedihan mereka itu kita tambahkan lagi pedihnya. Kalau perlu kita juga bekerjasama dengan mereka. Saya tahu mereka juga ada yang berpendidikan tinggi dan bersikap terbuka.

“Dulu mereka rasa PAS tak boleh memerintah, sekarang okey, boleh memerintah dengan baik, malah semua pihak lebih senang bekerja. Saya sendiri beri kebebasan kepada pegawai … Perlembagaan menjamin hak bersuara, hak berpolitik, hak berfikiran.”

Keuzuran membataskan saya untuk turun meninjau situasi akar umbi di Kedah. Namun, apabila seorang teman lama, sarjana sains politik terkemuka, membuat penyelidikan tentang perkembangan siasah di sebuah daerah di Kedah, dan melahirkan keyakinannya tentang kemampuan PAS mempertahankan kemenangan, saya teruja untuk melihat sendiri rencah peristiwa menarik di sana.

“PAS perlu cermat memilih calon. Ada wakil rakyat PAS yang tidak peduli masalah masyarakat bawahan. Rakyat marah, kalau calon itu juga bertanding, saya boleh bagi kepastian, PAS akan hilang kerusi,” katanya melalui telefon.

Semasa minum limau panas berdekatan Pekan Rabu, Alor Setar, jam 2 pagi, 22 Januari lalu, seorang rakan yang pernah belajar bersama saya 30 tahun lalu di Sekolah Teknik Alor Setar, turut mengemukakan isu sama: “Jangan pandang remeh isu-isu longkang tersumbat, jalan tak berturap, sampah bersepah hatta tempoh pendek lampu isyarat hijau. Semuanya boleh beri kesan kepada persepsi pengundi.”

Beliau mahukan pentadbiran kerajaan PAS dilihat cekap dan pantas bertindak menangani isu-isu rakyat. “Biar bandar-bandar di negeri-negeri Pakatan lebih bersih dan teratur berbanding negeri BN. Sikap antirasuah pemimpin PAS saya sanjung tinggi, tapi kadang-kadang rakyat awam tidak nampak atau tidak merasai kesannya dalam jangka pendek. Mereka mahu Adun atau Ahli Parlimen yang mesra rakyat, ambil berat masalah orang ramai dan tidak sombong,” katanya.

Rakan saya itu turut membawa seorang kawannya, yang banyak bercerita tentang Madrasah Salihiah. Kebetulan dia pernah tinggal berdekatan surau yang kini menjadi pejabat syarikat insuran.

“Dulu saya selalu main dekat kawasan tapak Kompleks Tunku Yaakob, yang terbengkalai lebih 30 tahun lalu itu. Sekarang dah tak ada orang Islam di kawasan itu, ramai yang berpindah. Surau yang ada pun hanyalah bilik solat di pejabat insuran. Satu waktu dulu orang yang gunakan stesen bas di Kanchut ada juga solat di situ, bila bas pindah ke Shahab Perdana, tak ada jemaah lagi. Lagipun, Masjid Zahir pun dekat,” ceritanya lancar.

Esoknya, saya “menziarahi” surau kontroversi itu, tidak jauh dari hotel penginapan. Segera saya faham mengapa isu ini tidak akan dapat dimanfaatkan — walaupun sedikit — oleh Umno Kedah. “Patutlah orang PAS Kedah dan Ustaz Azizan macam tak risau aja dengan isu surau ini,” saya berkata kepada Azamin Amin, wartawan Harakah Kedah. “Sesiapa yang lihat sendiri madrasah ini dan kawasan sekitarnya akan segera faham manipulasi Umno Kedah,” tambah saya.

“Selepas waktu pejabat, surau atau yang sebenarnya pejabat insuran ini akan berkunci, takda siapa boleh solat di dalamnya,” pintas Azamin.

“Siap … kita pergi rumah Ustaz, pukul 8 pagi,” panggilan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid mengejutkan saya di awal pagi Isnin, 23 Januari. Beliau merujuk rumah Ustaz Azizan di Markas PAS Jerai.

Mufti Kedah Perjelas Isu Madrasah Salihiah

 

RTM Tipu Isu Jalan Kubang Rotan

Oleh : Zulkifli Yahaya

SEMENTARA BN belum ditumbangkan di Pusat, RTM terus menjadi alat propaganda politikhttps://syababkualakedah.files.wordpress.com/2012/01/nasir_m.jpg?w=176 parti mereka. RTM adalah agensi kerajaan Pusat, kakitangannya mendapat gaji dari duit rakyat tetapi mereka tanpa malu dan segan bekerja seolaholah staf biro penerangan BN.

Wakil rakyat dari Pakatan Rakyat sentiasa menjadi mangsa fitnah RTM. Terbaru, melalui rancangan Titik Sentuhan Segera Bertindak RTM, Adun PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa telah difitnah kononnya tidak pernah menangani masalah jalan rosak di Kampung Hilir, Teluk Talipon, Kubang Rotan.

RTM menemubual penduduk dengan jawapan yang telah disediakan skrip lebih awal.

Kononnya YB tidak pernah turun padang dan mereka tidak kenal pun siapa YB. Orang yang mengaku tidak kenal YB itu ialah orang yang sangat dikenali oleh Nasir sendiri, dan orang itu juga yang mengadu masalah mereka kepada Adun Kubang Rotan itu.

Maknanya orang kampung itu diajar berbohong di hadapan kamera RTM.

Apabila mendengar rungutan penduduk, beliau tidak putusputus turun padang meninjau masalah sebenar. Rupanya kerosakan itu berlaku sejak zaman BN tetapi tidak diambil peduli oleh kerajaan negeri yang memerintah pada masa itu.

Oleh kerana jalan terbabit adalah jalan MADA, maka Nasir menghubungi pihak berkuasa Perlaksanaan Koridor Ekonomi Utara (NCER) malangnya tidak dilayan.

Langkah yang diambil oleh Nasir seterusnya ialah menghubungi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Permohonan rasmi dibuat. UPEN mengajukan kepada Pejabat Daerah, lalu mengeluarkan tender. Kontraktor pun dilantik segera dan jalan sejauh lebih satu kilometer itu berjaya diturap sepenuhnya dengan menggunakan duit

peruntukan kerajaan negeri. Apabila jalan tersebut siap sepenuhnya, datanglah RTM membuat liputan dan tersiarlah dalam laporan mereka yang mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh kerajaan Pusat. Sudahlah berbohong kononnya Adun PAS tidak buat kerja, menipu pula bahawa bahawa jalan tersebut dibuat Pusat.

Ia mengingatkan kita kepada peristiwa wartawan RTM diherdik oleh Menteri Besar dalam isu banjir besar melanda Kedah dahulu. Menteri Besar yang siang malam meredah banjir untuk bersama mengharungi penderitaan rakyat dituduh hanya berpeluk tubuh.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri yang telah berbelanja sehingga RM2 juta untuk bantuan awal berupa makanan serta keperluan asas dituduh tidak menyumbang apa-apa, walhal Pusat tidak mengeluarkan 10 sen pun di peringkat awal.

Siapa yang tidak hilang sabar dengan tuduhan yang sangat jahat itu. Herdikan untuk wartawan pemutarbelit dari RTM dikira amat lunak kerana sepatutnya mereka “dipelempang” sahaja.

Dakwaan RTM bahawa jalan di Kubang Rotan itu diturap oleh kerajaan Pusat membuka persoalan lain, iaitu benarkah peruntukan Pusat telah digunakan? Jika ada pihak yang membuat tuntutan terhadap projek penurapan jalan tersebut sudah pasti ia adalah tuntutan palsu. Kontraktor serta pihak yang membenarkan tuntutan tersebut harus dipertanggungjawabkan kerana mereka menuntut ‘hasil bayaran kerja’ dari kerajaan Pusat sedangkan kerja dibuat oleh kerajaan Negeri. Kerajaan negeri pula telah menyempurnakan bayaran kepada kontraktor lantikan mereka sendiri.

Berasaskan laporan RTM itu juga Adun Kubang Rotan telah membuat laporan polis dan laporan SPRM. Sekarang pihak yang terbabit terpaksalah berhempas pulas berjawab dengan SPRM di atas penyelewengan yang kelihatan berlaku dalam isu tersebut. Mula-mula hendak mengenakan orang lain, diri sendiri pula yang terperangkap.

Apa yang berlaku di Kubang Rotan hanyalah satu kes dari beratus penipuan yang telah dan akan dibuat oleh RTM menjelang pilihan raya. Persoalan besarnya ialah RTM adalah agensi kerajaan. TV3 juga adalah jentera propaganda BN namun ia milik swasta justeru ia mungkin ada ‘hak’ untuk berpihak. Apa hak BN untuk berkempen bagi pihak BN?

Cuba bertanya, berhakkah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pusat hanya memberi bantuan untuk penyokong BN dan tidak kepada penyokong PAS?

Berhakkah sekolah atau universiti menyekat anak-anak ahli parti pembangkang dari mendapat pendidikan di institusi milik kerajaan, sedangkan pelajar tersebut memiliki syarat kelayakan? Jika kerajaan berbuat demikian tentu ada peguam yang akan membawa kes tersebut ke mahkamah.

Peguam kita kena memikirkan juga untuk membawa satu kes ke mahkamah terhadap RTM yang boleh dijadikan teladan, agar selepas ini mereka tidak berhak (mengikut undang-undang) berpihak kepada mana-mana parti politik kerana mereka adalah agensi kerajaan yang sepatutnya melayan semua rakyat secara adil.

Akan muncul banyak lagi laporan bohong memburukkan Pakatan Rakyat – parti, kerajaan dan para pemimpinnya oleh RTM. Akan timbul lagi cerita palsu kononnya beribu-ribu ahli dan penyokong Pakatan keluar parti sertai parti komponen BN.

Akan muncul banyak lagi cerita fitnah ala video seks Anwar. Semua ini perlu ditangani oleh Pakatan jika mahu menjayakan misi menumbangkan BN di Pusat.

http://www.wartautara.com

Isu PATI dan Daftar Pemilih

Oleh : Anak Kola Kedah

Ancaman kepada rakyat dan negara

Sudah lama mahu saya perkatakan tentang isu ini. Sekarang ini, jika kita keluar ke mana-mana bandar atau pekan, pasti akan terserempak dengan warga asing yang bebas seperti mana warganegara kita juga. Malah di sesetengah tempat, di kampung-kampung juga wujud kelompok warga asing ataupun juga dikenali sebagai pendatang tanpa izin (PATI) ini.

Dengan masalah sosial yang semakin meningkat, jenayah membunuh, merompak, rogol dan ragut yang semakin berleluasa, tidak dinafikan lagi warga asing antara penyumbang utama segala masalah sosial dan gejala tidak sihat yang berlaku di negara kita.

Namun, kerakusan pihak kerajaan terbukti melalui projek 6P yang kononnya untuk memudahkan pengurusan berkaitan permit kerja, pengesanan dan proses pemutihan warga asing dan pendatang tanpa izin di dalam negara kita. Hasilnya, berjuta warga asing telah didaftarkan. Malah tempoh projek tersebut dilanjutkan bila jumlah sasaran kononnya tidak tercapai. Adakah kerajaan sengaja menjual nilai warganegara secara mudah kepada mereka? Ingin menjual negarakah jika begitu sekali tindakan kerajaan?

Kita tidak mahu suatu hari nanti, mereka semakin membanjiri negara kita, sehingga populasi jumlah mereka semakin bertambah dan bertambah. Jumlah mereka kini pun mencecah jutaan orang. Gaji mereka sendiri ada yang lebih tinggi dari gaji pekerja tempatan yang bekerja di sektor swasta. Malah, ada juga dari kalangan mereka yang sudah menjadi majikan kepada rakyat tempatan sendiri.

Mereka datang dari dahulu lagi,bukan sebab agen semata-mata. Sekarang kita dapat lihat, mereka pula yang menjadi agen, membuat kerja persendirian. Membuka kedai mencuci kereta, restoran dan kedai runcit. Jadi, sebenarnya adakah benar kita perlukan mereka sebagai buruh dan pembantu rumah? Sedangkan mereka boleh bekerja secara persendirian, bukan lagi sekadar mengisi kekurangan tenaga buruh dalam negara seperti yang digembar-gemburkan?

Pada saya, kita jangan risau seandainya tidak ada orang yang mahu menjadi pembantu rumah, kerana jika benar kita mahu mendidik anak-anak kita, kita sendiri ataupun orang tempatan juga mampu mengambil tanggungjawab tersebut. Mahukah kita anak-anak dididik dengan cara dan gaya hidup warga asing tersebut?

Realitinya, kita sahaja yang takut kononnya nanti tidak ada orang yang boleh membantu kita, tidak kira dalam sektor apa sekalipun, padahal kita tidaklah sampai tahap darurat tanpa kehadiran mereka. Ketiadaan mereka lebih baik dari kebanjiran mereka, pada pandangan saya.

Ancaman Buat Pakatan Rakyat

Sepanjang tahun 2010 sahaja, peningkatan pendaftaran pengundi baru meningkat mendadak, iaitu sehingga mencapai 300%. Nazri Aziz menjawab bagi pihak kerajaan, iaitu pada tahun 2010 sebanyak 820 156 orang telah didaftarkan sebagai pengundi baru berbanding 276 621 pada tahun 2009.

Pada akhir Julai yang lalu, situasi di Kedah setelah dipamerkan senarai daftar pengundi baru pada bulan April, Mei dan Jun iaitu melalui Daftar Pemilih Tetap 2 (DPT2), didapati terdapat penambahan 25000 orang pengundi berdaftar dan berlaku pindah masuk sebanyak 4000 orang. Sedangkan PAS hanya berjaya mendaftarkan sebanyak 3500 orang, iaitu hampir sama jumlahnya seperti DPT1 sebelum ini.

Sekarang kita amat risau dan khuatir, dengan penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan seperti SPR, JPN, KDN, Imigresen dan lain-lain, dalam menjayakan agenda pihak-pihak tertentu yang bersembunyi di sebalik agensi-agensi yang hanya sebagai boneka untuk memenangkan Barisan Nasional.

Seminggu sahaja tempoh untuk bantahan senarai nama pengundi baru yang dipamerkan, kadang-kadang ianya dipandang mudah oleh pihak Pakatan Rakyat. Bukan apa, sumber dalaman berjaya mendapati di sesetengah kawasan memang wujud warga asing yang telah dijadikan pengundi berdaftar secara diam-diam tanpa disedari penduduk tempatan sendiri.

Pernah di Langkawi, 79 orang warga Myanmar telah dibantah oleh PAS Langkawi. Di Perak dan Kelantan juga dilaporkan wujud usaha-usaha memasukkan warga asing sebagai pengundi. Malah ada antara mereka yang didaftarkan sebagai pengundi pos. Tahniah diucapkan bagi mereka yang telah melakukan kerja-kerja penelitian dan culaan pengundi baru di kawasan masing-masing. Namun, bagi mereka yang tidak membuat kerja, barangkali sudah ribuan warga asing sudah didaftarkan sebagai pengundi di kawasan anda, tanpa anda sedari.

Jika di Terengganu pada tahun PAS memerintah di sana sepenggal pada PRU 1999, selepas itu BN telah merampas kembali tampuk pemerintahan negeri dengan strategi licik, walaupun terdapat kawasan yang dimenangi PAS dengan majoriti ribuan undi pada PRU sebelumnya.

Semua jentera PAS dan PR perlu bersedia. Di Kedah, bilik gerakan PAS sama ada di UPU mahupun MTD perlu melakukan gerak kerja kemaskini data dan culaan agar dapat mengesan pengundi kawasan yang dipindah keluar, atau pengundi luar dibawa masuk ke kawasan, ataupun warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi baru.

Jangkaan dalam PRU ke-13 akan datang ialah masalah pengundi klon. Masalah ini lebih susah untuk kita tangani, kerana SPR dan JPN boleh berkomplot untuk menjayakannya. Contohnya, MyKad boleh dimiliki warga asing begitu mudah. Ada PATI yang baru menetap di Malaysia 3 bulan contohnya, boleh dimanipulasi pihak Imigresen dan JPN, dengan merekodkan maklumat PATI tersebut sudah 33 tahun menetap dan layak menjadi warganegara tetap, malah permohonannya diluluskan untuk menjadi pengundi berdaftar.

Sebelum ini, Malaysiakini dan PAS berjaya mendedahkan kes Mismah, kita sendiri dapat lihat, ramai lagi pengundi-pengundi yang diragui dengan menggunakan kod 71 di dalam kad pengenalan mereka, namun selepas pendedahan, rekod-rekod tersebut dikemaskini ataupun ada yang dihilangkan dari rekod.

Tidak mustahil, dalam PRU 13 akan datang, apabila kita datang lewat untuk mengundi, kita sudah tidak dapat mengundi kerana nama kita sudah dipotong, bererti ada orang lain yang sudah mengundi menggunakan kad pengenalan klon dan sebagainya. Ada pula yang akan terjadi, nama kita akan dipindahkan ke kawasan lain tanpa kita ketahui.

Apatah lagi jika diketahui kita antara penyokong Pakatan Rakyat, boleh sahaja nama kita dihilangkan, atau dipindahkan ke kawasan lain yang mungkin undian kita tidak memberi kesan kepada keputusan undi di kawasan tersebut. Tidak susah jika komplot ini berjaya, begitu mudah ‘jenayah terancang’ ini akan berhasil dalam diam. Pemindahan pengundi sekarang ini, tidak memerlukan mengisi boring SPR dan menukar alamat di JPN pun!

Ahli-ahli dan jentera Pakatan Rakyat terutama PAS di Kedah, perlu menyemak dan menyimpan rekod-rekod Daftar Pemilih. Ia penting sebagai bukti kemudian hari. Ada kes yang telah dikesan dan dibuat bantahan, namun SPR lebih cekap dengan memperbetulkan segera maklumat dalam simpanan mereka. Tanpa bukti kukuh seperti rekod Daftar Pemilih tersebut, kita akan kalah sebelum berjuang di medan PRU.

Cadangan dan saranan, pihak Pakatan Rakyat perlu membeli Daftar Pemilih, kemudian muat turun secara online data-data tersebut. Cetak Daftar Pemilih tersebut untuk diedarkan kepada penyokong PR untuk membuat semakan. Contoh, jika penyokong PR menyimpan Daftar Pemilih yang berakhir 31 Disember 2009 dan 2010, kemudian pada hari pengundian bandingkan dengan Daftar Pemilih yang dikeluarkan pada hari mengundi.

Ketika itu, jika terdapat pengundi baru Myanmar, Indonesia atau Nepal, kita sudah mempunyai bukti kukuh untuk membuat bantahan. Jika tiada bukti, kita mahu membuat laporan polis pun, kita tidak mampu mengemukakan bukti sebagai sandaran dalam kes tersebut.

Akhir sekali, suka saya mengutarakan Pakatan Rakyat amat perlu membuat tawaran baru yang berkesan dalam manifesto PRU ke-13 akan datang. Jika dulu, tawaran seperti “hari ini menang, esok hari minyak akan turun!”, namun kini PR perlu menawarkan sesuatu yang memberi impak sebegitu kepada rakyat. Tawaran kepada golongan muda, dalam Bajet 2012 PR juga amat mengecewakan. Ternyata amat mengecewakan.

Gerak kerja kempen kini perlu agresif, bukan bermakna menyerang UMNO. Mungkin perlu ‘menyerang’ secara fokus kepada agensi-agensi kerajaan yang membantu pendaftaran PATI sebagai warganegara dan pengundi. Isu ini perlu dicanang berterusan, di samping isu-isu besar yang lain. Undi BN, PATI Naik!! Undi PR, PATI keluar! Ataupun PR boleh tawarkan harga barang keperluan, semuanya turun jika PR menang.

Isu PATI ataupun warga asing hanyalah satu isu daripada banyak lagi isu-isu yang perlu ditangani segera! Jangkaan saya, jika SPR masih belum membersihkan senarai pengundi, BN tetap akan menang PRU ke-13 hatta dengan majoriti mudah. Namun, adakah ketika itu kemenangan BN adalah kemenangan yang ‘legitimate’? Pakatan Rakyat tidak boleh hanya berdiam diri dan melihat!!

 

Boleh juga didapati di laman berikut :

Kedahlanie.info

Hilangnya Sakit Tak Semestinya Hilangnya Penyakit

Oleh Aspan Alias

Sakit dan penyakit itu adalah dua perkara yang berlainan. Saya pernah menulis isu ini lama dahulu di dalam blog ini. Saya akan terus kepada relevannya isu sakit dan penyakit ini kepada pimpinan parti UMNO/BN dan kerajaan yang memerintah sekarang ini.

Masih ada ramai yang percaya yang UMNO akan masih di terima kerana kerajaan telah membentangkan belanjawan yang akan memulihkan sakit rakyat dan dengan bantuan ‘one-off’ sebanyak seribu dua itu akan mengembalikan sokongan ramai kerana orang ramai sudah hilang sakitnya dengan pembentangan belanjawan baru-baru ini.

Seseorang yang selalu menghadapi sakit kepala, telinga dan mata misalnya akan menghilangkan sakit-sakit itu dengan memakan panadol soluble dan berbagai ubat penahan sakit yang lain. Setiap kali selepas makan ubat penahan sakit itu sakit yang kita rasakan itu akan hilang, tetapi tidak beberapa ketika selepas itu sakit itu akan kembali dan kita menelan pil penahan sakit itu lagi.

Lama kelamaan pil penahan sakit itu tidak akan berkesan lagi kerana pil itu sudah melemahkan ‘immune system’ tubuh kita. Akhirnya kita akan kehospital juga untuk mencari sebab kenapa sakit-sakit mata, telinga dan kepala itu sentiasa berulang dan ubat penahan sakit pun sudah tidak berkesan lagi.

Sampai sahaja di hospital barulah kita tahu yang kita sudah menghadapi penyakit dan penyakit itu ialah darah tinggi rupanya. Sepatutnya kita tidak terus memakan pil penahan sakit sebelumnya. Sepatutnya kita patut selesaikan isu penyakit yang menyebabkan sakit yang kita rasai itu. Apabila darah tinggi sudah terlalu ‘acute’ maka tubuh kita dengan sendirinya tidak akan berfungsi dengan baik dan tidak mungkin mampu untuk bertindak dengan baik lagi.

Apabila seseorang itu sudah tahu yang dia ada penyakit darah tinggi, dengan secara automatik dia tidak akan berada dalam tahap kesihatan yang baik untuk mengendalikan kehidupan dengan baik. Banyaklah pantang larang yang perlu di perhatikan kerana penyakit darah tinggi tadi akan memaksa seseorang menghidapinya untuk tidak melakukan banyak perkara dan akhirnya dia akan mati dengan penyakit itu juga .

Inilah yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN. Sakit-sakit dalam BN itu memang sudah lama dirasakan oleh ramai tetapi UMNO menyelesaikan masalahnya dengan memberikan ubat penahan sakit sahaja. Caranya ialah dengan memberikan ubat penahan sakit dengan memberikan projek-projek kepada ‘war lords’ dalam UMNO dan memberikan imbuhan kewangan ‘one-off’ kepada rakyat dalam bentuk wang ringgit seribu dua sahaja seperti yang di sebut dalam bajet 2012 yang lalu.

Walaupun mendapat sedikit wang dan akan menghilangkan sakit buat seketika tetapi sakitnya akan datang kembali dalam masa yang tidak berapa lama lagi. Seribu ringgit yang diberikan secara ‘one off’ itu akan habis sekelip mata kerana bagi ramai yang mendapat seribu ringgit itu hanyalah sekadar melepaskan sebahagian kecil hutang semasa mereka sahaja. Selepas itu mereka akan kembali sakit kerana penyakitnya tidak diperbaiki. Penyakit sebenar mereka ialah kemiskinan.

Tindakan menghilangkan sakit rakyat ini memang tindakan biasa BN terutamanya semasa pilihanraya sudah hampir tiba. Semasa hilangnya sakit buat sementara itulah selalunya pilihanraya akan di adakan dan mereka akan kembali sakit apabila pilihanraya sudah selesai dan UMNO telah kembali berkuasa.

Tetapi kini rakyat sudah tidak lagi mudah terpedaya dengan pemberian tunai ‘one-off’ itu kerana mereka tahu mereka akan kembali sakit tidak beberapa lama selepas pilihanraya di adakan. Rakyat mahukan pelan pembangunan untuk rakyat yang boleh diguna pakai buat jangkamasa yang panjang. Rakyat tidak lagi mahu ikan tetapi rakyat mahukan kail yang baik untuk membolehkan mereka mengail dalam jangkamasa yang lama untuk mendapat ikan selama-lamanya.

Penyakit yang di hadapi rakyat ialah kesusahan menghadapi kenaikan harga barang dan wang imbuhan ‘one off’ itu hanya boleh membantu mereka dalam jangkamasa yang singkat sahaja sedangkan nyawa masih panjang lagi. Rakyat sudah mual mendengar pihak kerajaan mengumumkan kadar inflasi kita adalah di bawah 4 peratus tetapi harga barang keperluan meningkat berkali ganda.

Dalam pada itu rakyat masih nampak dengan jelas penyakit yang tidak kunjung sembuh masih berlaku di hadapan mata kepala mereka, iaitu rasuah di setiap peringkat pentadbiran kerajaan. Memang ada kerajaan menangkap seorang dua dan di tuduh di mahkamah tetapi itu hanya menghilangkan sakit buat seketika sahaja. Rakyat tahu lebih ramai yang melakukan kerja keji itu tidak ditampilkan untuk menghadapi tuduhan di Mahkamah.

Dalam pada kerajaan mengambil tindakan kepada beberapa orang rasuah tetap juga bertambah rancak dan nyata ianya merupakan satu kanser yang tidak mungkin dapat di sembuhkan. Kanser tetap membunuh setiap sel yang baik di dalam sistem pentadbiran negara dan dalam jangka masa yang tidak berapa lama seluruh sistem kerajaan akan lumpuh oleh kerana kegiatan rasuah yang tidak mampu dikawal itu.

Apabila sel-sel kanser rasuah tidak dapat di kawal maka batang tubuh kerajaan itu akan akhirnya menjadi kurus dan akan matilah segala sistem pentadbiran kerajaan dan contoh-contoh kejatuhan kerajaan-kerajaan yang besar di dunia ini bukannya kecil.

Menubuhkan MACC itu tidak dapat menyembuhkan penyakit rasuah tetapi sekadar menghilangkan sakit buat sementara sahaja. Lagi pun pesakit tidak mungkin mampu untuk menyembuhkan penyakit itu.

Serupa jugalah penyakit yang di hidapi penyakit kesusahan tidak mungkin dapat bertahan dengan hanya memberikan ubat menahan penyakit sahaja kerana penyakitnya tidak diubati terlebih dahulu.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

Bajet BN 2012 : Dana untuk Bumiputera atau pemimpin UMNO?

Sebagai sebuah kerajaan yang mana parti tonggaknya berideologikan satu kaum, persoalan sering timbul tentang bagaimana ia mahu mengendalikan dana rakyat pelbagai kaum yang tersimpan di kantung negara untuk dipunggah dan diagihkan secara adil kepada semua.

Dalam Bajet BN yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan baru-baru ini yang berhasrat ‘memacu pembangunan masyarakat Bumiputera’, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah diberi mandat untuk melaksanakan agenda dan menyalurkan bantuan dana kepada rakyat khususnya peniaga-peniaga kecil Bumiputera.

Najib telah mengumumkan sebuah lagi skim dana iaitu Dana Mudahcara Bumiputera, enak sungguh nama ini bila didengar, dengan bantuan berjumlah RM300 juta.

Dalam pada itu juga, KKLW akan membimbing 1,100 buah syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk dibangun atau dimajukan. Sudah pasti kos untuk ‘membimbing’ syarikat-syarikat kecil ini juga akan menelan kos.

Bagus jika kerajaan mahu membantu dan membangunkan ekonomi kaum Bumiputera yang patut mendapat bantuan.

Tetapi pada dasarnya, beberapa persoalan telah timbul:

  • Adakah jaminan pihak kerajaan khususnya KKLW bahawa proses permohonan dan karenah birokrasi dapat diatasi atau paling tidak dikurangkan?

  • Adakah ada jaminan bahawa dana ini kelak akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan?

Di bawah KKLW sudah sedia wujud beberapa badan yang sudah sarat dengan pelbagai program di setiap satu bahagian dan bermacam-macam karenah birokrasi baik dari aspek proses permohonan, pengesahan, perbincangan dan lain-lain.

Bagi kita rakyat yang tidak mudah lupa, suatu ketika dulu dan ia sudah pun menjadi rahsia umum, di mana skandal Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah RISDA hingga hari ini tiada apa-apa tindakan yang telah diambil.

Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2000 mengesahkan secara jelas kira-kira RM40 juta peruntukan projek telah diselewengkan. Hanya rakyat yang lebih arif, siapa penghisap darah rakyat dalam kes ini.

Lihatlah, bagaimana UMNO/BN yang sepatutnya menolong rakyat miskin sedangkan pada masa yang sama hak rakyat termiskin ini turut dibahamnya. Inilah yang dikatakan Drakula, lebih menyedihkan, mangsanya adalah Bumiputera miskin sendiri.

Dan ada lagi yang amat-amat menyedihkan, rakyat miskin yang telah hidup-hidup dibohong oleh UMNO ini masih terus menyokong UMNO setelah digula-gulakan dengan kain batik dan kain pelikat semasa kempen pilihan raya, dan sekarang ini kena ditambah sedikit wang tunai. Begitu sekali UMNO menjual anak bangsanya.

Oleh yang demikian, berdasarkan sejarah dan sistem dalam kementerian yang masih lagi sama seperti dahulu, apakah jaminan kerajaan bahawa semua dana-dana ini akan diurus dengan betul dan telus?

Dalam hal ini, Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat tidak culas dalam memahami dan membantu golongan luar bandar dan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana renedah.

Antara lain Pakatan menawarkan:

  • Pembangunan serantau dan luar bandar akan digalakkan melalui desentralisasi pentadbiran.

  • Monopoli import beras yang dipegang BERNAS akan dihapuskan. Lesen import akan diberi melalui proses yang kompetitif dan terbuka. Subsidi akan diberi terus kepada para petani melalui institusi-institusi pertanian.
‘Disentralisasi’ ini jelas memberi makna ‘kuasa atau monopoli’ kroni kerajaan dalam melaksana dan mengurus pembangunan luar bandar akan dikurangkan, jika tidak dihapuskan sama sekali.

Dengan maksud lain, kerajaan PR apabila memerintah kelak, akan memberi kebebasan dan dorongan kepada pengusaha di luar bandar untuk merencana dan mencorak sendiri aktiviti ekonomi dan pembangunan mengikut kehendak dan keperluan mereka sendiri. Bukankah ini demokrasi namanya?

Bukankah rakyat tidak mahu dikongkong malah mahu berdikari demi menentukan apa yang mereka mahukan di dalam kawasan mereka sendiri?

‘Hak rakyat’ adalah asas pertama dalam perjuangan Pakatan Rakyat di mana ia adalah penentu sebelum dana atau wang disalurkan.

Kuasa monopoli BERNAS juga akan turut dihapuskan. Ini bertujuan memberi dan mewujudkan persaingan pengusaha/usahawan yang sihat. Dengan dasar ini, maka kualiti dan produktiviti akan lebih mudah meningkat.
Bukankah ini dasar mewujudkan satu sistem yang telus?

UMNO tidak perlu segan untuk belajar dalam hal ini. Lagi pun ia untuk kepentingan rakyat.


Melihat kepada hasrat kerajaan untuk membimbing 1,100 buah syarikat Bumiputera ini juga mengundang kepada persoalan yang sama.

Bukankah angka 1,100 ini adakah bersamaan dengan dasar gaji minima RM1,100 yang diperkenalkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat baru-baru ini?

Tetapi janganlah kita berburuk sangka sangat dengan UMNO, barangkali ia kebetulan. Dalam hal ini, kita amat bersyukur kerana masih belum lupa dengan isu Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).

Isu Tekun hingga hari ini kebanyakan rakyat merasa amat tertipu dengan kerajaan UMNO/BN. Sudah acap kali kita dengar rungutan usahawan Bumiputera yang memohon dana Tekun dan tuduhan yang biasa didengar ialah “lebih baik wang dana dari kantong kerajaan itu terus sahaja disalurkan berdasarkan keahlian UMNO”.

Lebih parah untuk imej UMNO ialah apabila ada usahawan Melayu yang dengan nada marah mengatakan: “Gunakan sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membantu UMNO mengagihkan dana itu. Jika rakyat yang lain dan pembangkang bantah, UMNO boleh pinda dan buat undang-undang baru demi menghalalkannya, bukankah ia lebih mudah?”

Inilah signifikannya analogi di atas. Kunci kepada duit dalam peti simpanan kerajaan sekarang dipegang oleh UMNO. Daripada niat asal penubuhan UMNO untuk membantu Melayu, kini ia hanya untuk mengkayakan pemimpin UMNO dan kroni-kroni mereka.

Kepada yang masih samar-samar, ini adalah satu lagi ‘kehebatan’ Bajet BN 2012 yang kononnya adil untuk semua.

Bajet 2012 : Pakatan Rakyat vs Barisan Nasional

Oleh : Muhamad Faris

Sepintas Lalu Bajet 2012 : Bajet Pakatan Rakyat vs Bajet Barisan Nasional

Untuk Penjawat Awam

BN- 1) Kenaikan gaji tahunan antara RM80 hingga RM 300 mengikut gred

2) Kenaikan gaji antara di antara 7 hingga 13 peratus bagi yang memilih opsyen SBPA

3) Umur persaraan dari 58 tahun naik ke 60 tahun

4) Bonus 1/2 bulan gaji dan RM500 untuk pesara

PR- 1) Menetapkan gaji minima RM1100 sebulan yang juga melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam mengikut tangga gaji. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah gaji RM1100 sebulan.

2) Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima dari janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan khas sebanyak RM5.9 bilion.
3) Menghentikan serta-merta kecenderungan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan

 

Untuk Kakitangan Swasta

BN- 1) Tiada

PR- 1) Menetapkan gaji minima RM1100 sebulan

 

Subsidi

BN –  1) Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

2) Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

3) Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

4) Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

PR-  1) Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan semua harga barang keperluan.

2) Menghapuskan subsidi korporat yang hanya menguntungkan kroni seperti pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi.

 

Untuk Guru

BN- 1) Tempoh masa untuk kenaikan ke gred lebih tinggi dikurangkan dari 10 tahun kepada 8 tahun. Peluang kenaikan pangkat dikatakan lebih cepat berbanding kaedah digunapakai sebelum ini.

PR- 1) Elaun khas pendidik RM500 setiap bulan

2) Menyediakan RM5.9 bilion lagi bagi kenaikan gaji 1.3 juta kakitangan awam termasuk guru, bertujuan mahu membantu mengurangkan kos sara hidup.

 

Untuk pesara

BN- 1) Kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

PR- 1) Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang

 

Untuk Pemandu Teksi

BN- 1) Pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan.

2) Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian.

3) Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.

4) Pengecualian 100% duti eksais dan cukai julaan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

PR – 1) Penganugerahan lesen-lesen secara terus dan kekal kepada rakyat  iaitu dengan cara membatalkan sistem payung yang digunapakai bermula pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu, bukan hanya memberi keuntungan kepada syarikat konsesi atau kroni semata-mata.

 

Lain-lain Bantuan dan Inisiatif Kerajaan

BN- 1) Yuran Persekolahan sebanyak RM24.50 bagi SK dan RM33.50 bagi Sekolah Menengah dihapuskan.

2) Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah dengan syarat berdaftar dgn LHDN.

3) Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara

4)Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

5) RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota keselamatan berjumlah 62,000 orang yang terlibat pada zaman darurat

6)Percuma untuk warga emas – caj pendaftaran pesakit luar bernilai RM1 di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik kerajaan

7) Kebajikan Orang Asli – program pembangunan & pemindahan penduduk

8) Bayaran khas sebanyak RMk Ribu kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) , dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

9) Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah.

10) Membuka unit Agrobazaar Kedai Rakyat di seluruh negara
11) Pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2.3 billion
12) Menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk perlindungan sementara golongan gelandangan
13) Projek Bekalan Air Retikulasi di Sabah dan Sarawak dan Projek infrastruktur bekalan air – FELDA; serta kemudahan bekalan air bersih – Ladang Estet (RM50 juta bagi penyambungan paip & pemberian tarif domestik)
14) Menteri Kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.
15) Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos 1 billion ringgit.

16) Mengkaji dan menaikkan elaun ahli parlimen – hanya dengan persetujuan ahli kerajaan dan pembangkang serta parti bebas

 

PR – 1) Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.

2) Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 untuk mengurangkan beban keluarga mereka dan menggalakkan mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2bilion.

3) Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan paling kurang mencapai RM550.

4) Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan kepada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang.

5) Elaun penjagaan anak RM1000 setahun kepada ibu-ibu yang layak dipadankan dengan pelaburan kerajaan membina pusat penjagaan kanak-kanak.

6) Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naik taraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal

7) Pelaksanaan skim “Bina dan Jual” secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai

8) Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri.

9) Pendekatan perolehan kerajaan dipinda untuk mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit.

10) Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar

11) Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara

12) Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri.

13) Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan  seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen.

14) Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti

15) Menumpukan pembangunan wilayah terutama pembinaan infra termasuk lebuhraya yang menghubungi Sabah dan Sarawak.

 

Jaminan Kelangsungan Wang Negara

BN- 1) Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi pembiayaan PKS yang terlibat dengan bencana alam.

2) Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi pembiayaan PKS yang terlibat dengan bencana alam.

3) Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 Juta kepada usahawan berwibawa untuk membangunkan semula perniagaan.

4) Dana Inovasi Pengkomersialan PKS patuh syariah berjumlah RM juta. Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan.

5) Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 Bilion

6) Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP) – RM2.5 Bilion dan 300 Juta untuk usahawan bumiputra

 

PR- 1) Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan bagi mengurangkan kecenderungan bebelanja berlebihan oleh Perdana Menteri

2) Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4 peratus bagi tahun 2012.

3) Dividen Petronas diunjur pada kadar RM26 bilion sahaja iaitu RM4 bilion lebih rendah dari BN bagi memastikan Petronas mempunyai sumber mencukupi untuk terus berkembang.

4) Penjualan Lesen Import (AP) akan dibuat secara lelongan bagi menambah pendapatan negara dengan kadar RM1.2 bilion.

5) Pendekatan perolehan kerajaan akan diamalkan secara tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputera.

6) Menyemak kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara.

7) Mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara.

8) Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain.

9) Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara.

 

 

Secara keseluruhannya, intipati Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:

– Membantu rakyat dalam masa terdekat mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit sebagai contoh jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan dan bantuan kepada suri rumah.

– Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khususnya untuk mengurangkan defisit, salah satu contohnya pemberian dividen Petronas diunjur pada kadar RM26 bilion sahaja iaitu RM4 bilion lebih rendah dari BN bagi memastikan Petronas mempunyai sumber mencukupi untuk terus berkembang

– Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan. Pemansuhan akta-akta yang tidak lagi relevan dan Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan serta prestasi kewangan negara yang akan dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara, lebih meyakinkan.

– Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui skim-skim tertentu, rekayasa latihan teknikal, vokasional dan pengajian memartabatkan rakyat.

– Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk pihak berkepentingan dan kroni sahaja. Salah satu contohnya dengan merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan  seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawab terus kepada Parlimen.

Secara keseluruhannya, intipati Bajet 2012 Barisan Nasional adalah seperti berikut:

-Banyak membantu rakyat pelbagai golongan dalam jangka masa pendek dengan pemberian one off (sekali bagi sahaja)

-Pelbagai bantuan dan bentuk dana diumumkan dengan peruntukan bilion ringgit namun tiada jaminan kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan hanya kepada perbelanjaan negara tanpa membentangkan bagaimana untuk menambah pendapatan negara

-Membuat perubahan drastik, memenuhi tuntutan rakyat selama ini dengan memansuhkan yuran di sekolah malah memberikan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucer buku bagi pelajar IPT namun tidak menyentuh langsung berkaitan bantuan dan pinjaman pelajaran peringkat IPT seperti kemelut PTPTN dsb.

-Tidak menyatakan dasar memerangi ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Laporan Ketua Audit Negara menganggarkan kira-kira 28 bilion wang rakyat hilang akibat ketirisan dan rasuah pada 2008. Bajet dengan peruntukan besar ini akan mendedahkan lebih ruang terhadap berlaku ketirisan.

-Peruntukan agak besar berupa bayaran khas kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) , Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), FELDA, dan Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang jelas lebih terarah kepada syarikat kroni dan mempunyai tujuan tertentu. Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) hanya melibatkan 3 negeri Barisan Nasional iaitu Perlis, Perak dan Johor dengan kos 1 bilion, boleh diragui. Kerana selain jumlah peruntukan yang besar, negeri Kedah dan Pulau Pinang juga dilanda banjir, malah Kelantan dan Terengganu sering sahaja dilanda banjir.

-Peruntukan yang besar diumumkan, menurut pakar-pakar ekonomi tidak menjamin pertumbuhan ekonomi negara jangka masa panjang kerana tiada pelan berkesan untuk merangsang ekonomi negara, malah dikhuatiri akan menambah hutang negara, menyebabkan meningkatnya inflasi, kenaikan kos sara hidup rakyat, malah akan mendorong ke arah kenaikan harga barang dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam masa terdekat yang akan membebankan rakyat

-Timbul kerisauan apabila umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun, akan menyekat peluang pekerja muda malah aspek pengangguran golongan muda dan graduan bertambah berlipat kali ganda. Selain itu, dikhuatiri KWSP yang menjadi sumber pusingan modal kerajaan, dijadikan prospek utama menampung peruntukan besar kerajaan dengan penggunaan tidak berhemah.