Maklum Balas Terhadap Calon Barisan Nasional Kuala Kedah


1. Pakatan Rakyat (PR) Kuala Kedah mengalukan-alukan penyertaan calon-calon BN bagi kerusi Kuala Kedah, Anak Bukit, Kubang Rotan dan Pengkalan Kundur bagi menyemarakkan lagi proses demokrasi dalam PRU 13 yang akan datang.

2. PR Kuala Kedah melihat calon-calon yang dikemukakan oleh BN bagi kerusi Kuala Kedah dan DUN-DUN bukan terdiri dari kalangan aktivis yang merakyat dan hidup bersama denyut nadi rakyat, bahkan mereka terdiri dari kalangan elit politik yang diyakini tidak memahami isu dan kehendak rakyat terbanyak. Sementara, calon aktivis yang sering dilihat bersama rakyat telah diketepikan oleh pihak BN.

3. PR akan mengemukakan calon-calon yang telah “bergulat” bersama rakyat sekian lama melalui penglibatan mereka dalam masyarakat serta terbukti dikenali dan dekat dengan hati rakyat terbanyak.

4. PR menyeru para pengundi Kuala Kedah tidak mempersiakan peluang yang ada dalam PRU kali ini dengan membuat pilihan yang tepat dan benar demi kesejahteraan dan kedamaian negara kita yang kita cintai ini.

Kenyataan Rasmi PUSAT PENERANGAN DAN MEDIA PRU 13
PAKATAN RAKYAT KUALA KEDAH

Advertisements

Pusat Operasi Penerangan dan Media PRU13 Pakatan Rakyat Kuala Kedah

operasi penerangan

Pusat Operasi ini bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kubang Rotan,

Taman Anggerik, Belakang Pasar Besar Alor Setar (Supermarket Billion)

ruang sidang media

Ruang sidang media Pakatan Rakyat Kuala Kedah sedang disiapkan

 

Pra Kempen Kawasan DUN Kubang Rotan

 

Pra Kempen Kawasan DUN Anak Bukit

 

Pra Kempen Kawasan DUN Pengkalan Kundur

Makluman

Assalamua’laikum.. Admin blog Syabab Kuala Kedah memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku sebelum ini, sehingga blog ini tidak dapat meng’update’ dan memberikan maklumat-maklumat terkini segala aktiviti, sama ada aktiviti dan program anjuran DPP Kawasan Kuala Kedah sendiri mahupun program kerjasama bersama seluruh kepimpinan PAS Kawasan Kuala Kedah dan anjuran MTD yang terlibat.  Segala kesulitan, didahului dengan permohonan maaf dari pihak admin. Harap maklum.

~semoga ujian sebelum ini, menjadikan kita lebih berusaha menumbangkan kebatilan dan kezaliman pihak musuh!!

Sambutan 5 Tahun PR Kuala Kedah

sambutan 8mac2013